MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
39 Bukanlah salah jika sudah jodoh kahwin di usia muda, ketika diri masih belajar di universiti, silakan. Tak ada masalah. Cumanya, bagi yang rasa ‘termotivasi’ nak ikut macam tu juga, yang resah menanti si ‘dia’ tak muncul tiba, ingatlah, ada banyak perkara utama dan prioriti lain yang perlu kita fikirkan dan kita tunaikan. Jangan terburu-buru dan bersikap gopoh! Saya pernah berkesempatan menghadiri sebuah program ‘Diskusi Buku : Sehingga Para Pemuda Mengerti’. Buku itu merupakan sebuah terjemahan buku daripada penulis asalnya yang bernama Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Panel pada hari tersebut adalah ustaz Shamsul Hakim (pensyarah USIM) dan ustaz Razif Fuad (alumni USIM). Jadi, ada beberapa perkara yang mahu saya kongsikan bersama di sini. Insya- Allah, semoga bermanfaat. Buang masa. Kalau kita fikir betul -betul, banyak lagi sebenarnya perkara yang perlu kita beratkan, perlu kita fikirkan dan perlu kita bertindak. Ummah. Ummah perlukan kita. Pemuda dan pemudi. Penyambung legasi dan generasi. Kalau kita fikir dalam-dalam lagi, kita selalu kata nak penuhkan hati kita dengan cinta Ilahi, tapi, kalau dah hari-hari asyik bermesej, asyik bercerita pasal lelaki/perempuan ajnabi (bukan mahram), cinta siapa yang akan penuhi hati kita nanti? Adakah mulut akan lebih banyak berzikir, fikiran akan lebih kerap ingat mati jika diri selalu menyebut sang ajnabi? Fikir- fikirkan. Hati-hati dalam menjaga hati. Sama-sama kita peringatkan diri. Sebenarnya, sebagai sahabat karib, saya bahagia apabila dia masih tegas dengan prinsip dirinya. Kalau kita lihat hari ini dalam jerat cinta palsu? Kata cinta, tapi, tetap buat perkara- perkara yang Allah tak suka. Kita ini cintakan Tuhan atau berTuhankan cinta? Berapa ramai juga yang menggunakan jenama ‘Islam’ sebagai asas cinta ‘suci’nya? “InsyaAllah, kita kahwin lagi 3-4 tahun. Tak payah bertunang dulu. Tunang lama-lama, parah juga. Jadi, yang penting, saya dah cop awak. Saya beritahu awal-awal supaya kita sama-sama dapat jaga diri untuk membina baitul muslim yang Allah redhai nanti.” “Ana lebih suka cari an hidup yang fikrahnya sama dengan ana. Boleh buat kerja-kerja Islam bersama, tunaikan tanggungjawab pada ummah bersama dan banyak lagi. Sebab tu ana nak melamar enti.” Sudah cukup cukup sudah. Asyik reti menabur janji berbakul- bakul. Perempuan, jangan buang masa menanti ‘cinta’ seperti itu. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya." (Riwayat al- Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al- Baihaqi)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=