MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
38 “Kalau kau nak yang ‘menjaga’, kau pun kenalah ‘menjaga’ juga. Jangan biarkan lelaki anggap kita ini, senang-senang saja boleh dilamar sebegitu, senang-senang saja nak terima dia sebegitu . Sebab tu, aku banyak kali pesan dah, terma- suklah diri aku sendiri kalau nak mesej lelaki ke, nak apa ke, pasti- kan atas dasar urusan sahaja. Bukan atas dasar suka-suka, nak hilangkan bosan dan sebagainya. Kita tak boleh terlalu baik dengan lelaki dan lelaki tak boleh terlalu baik dengan kita. Ingat tu! Kalau masuk mesej tak ada matlamat, melalut dan merepek, abaikan Tak payah balas. Simple.” Aku akhiri kata-kata ku. Lepas tu, nak suruh buat keputusan cepat-cepat pula . Kita ada istisharah (perbincangan) dan istikharah. Semua itu memerlukan masa. Bukan sesaat dua dah boleh bagi jawapan terus! Lagi satu, perlu diingat, perempuan bukanlah bahan eksperimen ya. Bukan! Lamaran ditolak, kemudian, pergi melamar perempuan lain pula! Siapa yang tak fikir banyak kali kalau berada dalam situasi macam tu? “Aku tengok dia tu biasa-biasa saja. Maksud aku, aku nak lelaki yang tahu ‘menjaga’.” Katanya lagi.. “Wah! Kenapa tak nak?” Usik sku sambil tergelak kecil. Kami berdua merupakan sahabat karib. Perkara sebegini, bukanlah pertama kali untuk kami. Eh, silap! Untuk dia! “Sepatutnya, kalau nak lamar, pergilah jumpa terus terang dengan mak ayah aku. Ni tanya aku, mesej aku ayat- ayat jiwang ‘Islamik’, memang taklah kan!” Luahnya lagi. Lelaki. Ya. Lelaki. Kalau rasa dah berkenan, dah ada kemampu- an, keyakinan dan langkah perse- diaan bagai untuk nak kahwin, pergilah jumpa sendiri mak ayah si perempuan tersebut. Comfirm si perempuan akan berfikir banyak kali sama ada nak terima ke nak tolak. Ini tidak, dahlah si perempu- an jenis yang mahu ‘menjaga’, tiba-tiba, dapat lamaran mesej per- sonal macam tu, ditambah pula perisa ayat-ayat cinta ‘Islamik’, memang terus jadi tak berkenanlah jawabnya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=