MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

37 Takkan ada pensyarah jika tiada mahasiswa. Yang satu tiada lebih mulia daripada yang lain. Kadang- kadang, hati seorang tukang sapu sampah lebih aman dari hati seorang raja. Segala keutamaan di sini ialah yang melakukan tu- gasnya dengan insaf dan sedar. Seperti kata Aristotel: “ Mengejarkan apa yang engkau sukai tidakklah penting. Yang penting adalah menyukai apa yang engkau kerjakan. ” Akhir kalam, dalamilah ilmu hing- ga ke dasarnya agar kamu tidak menjadi laksana seorang mubaligh yang naik ke atas mimbar untuk menyeru orang ramai dan mem- peringatkan hendaklah mereka da- tang ke dunia ini sebagai orang yang berdagang atau sebagai orang yang menyinggah, jangan dipandang dunia itu tempat yang akan dihuni selamanya. Yang dit- erangkannya itu ialah ilmu yang dihafalnya daripada hadis. Kelak setelah dia turun dari mimbar itu, ditanya orang apakah maksud hidup dan apakah erti hidup, dia tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, kerana perhatiannya tidak sampai ke sana, walaupun isi pidatonya tadi itu adalah ja- wapanya. Apakah sebabnya? Kerana pidatonya itu barang yang dihafalnya, bukan barang yang difahamkannya! Seperti sabda baginda: “ Hendaklah kamu menjadikan pemahaman ilmu, jangan hanya jadi perawi ilmu ” Jadikanlah ilmu itu panduanmu jangan sampai dunia yang memabukkanmu. Kupas dasun di dalam belanga, Rama - rama bertali abuk, Upas racun kiranya dunia, Makin lama makin memabuk. Namun kini, timbulnya penya- kit baru iaitu melakukan pekerjaan yang tidak mengikut kemahiran dan kepakaran diri dek arus zaman yang berkehendakkan kepada “sijil” berbanding perkara yang disukai dan berlaku persaingan di alam pekerjaan. Setelah tanah air merdeka, pekerjaan pejabat masih banyak kekosongan. Pemuda ber- duyun pergi belajar, supaya mudah bekerja makan gaji. Walhal, dalam negara yang merdeka, setiap orang harus mengisi setiap lapangan dan bidang. Ramai orang tidak mahu mengakui akan hakikat segala jenis pekerjaan bersandar di antara satu sama lain. Takkan ada jurutera jika tiada buruh.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=