MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

36 Ilmu itu ditulis dengan qalam (pena). Sebab itu penulisan amat mulia dalam masyarakat manusia. Qalam itu sendiri telah diberi ke- hormatan oleh Tuhan, dengan ayat -ayat yang mula-mula diturunkan: “yang memberi pengetahuan dengan Qalam.” Dan dengan ayat lain: “Demi qalam dan perkara yang telah mereka lukiskan”. P andangan sarwa tidak pernah menipu sang hati ibnu sabil dalam menyelari alam kehidupan ini. Nilaian adab berilmu serta saksama dalam be- radab menghadapi kitab dan guru menjadi titikberat akan keberkatan sinar ilmu itu. Dalam menyelari bahtera kehidupan, sudah tentu kita perlu mengetahui panduan dalam menyelari lautan yang tiada penghujungnya. Guru umpama kompas dalam panduan kita untuk menghadapi kecelaruan maklumat hasil khilaf yang timbul dalam kalangan para cendekiawan. Perkataan “ Mursyid ” atau “ Murabbi ” lebih sesuai bagi mereka yang mengajar kita walau apa pun bidang kerana pada hakikatnya mereka bukan sekadar mengajar apa yang ada pada buku bahkan mengajar apa yang mereka rasai dan lalui. Kita akui walaupun kadang kala ter- dapat perbezaan dari sudut buah pemikiran akan tetapi ia tidak menjadi alasan untuk kita tidak menghormati mereka bahkan jauh sama sekali menjadikan mereka itu musuh. Seperti kata pepatah: “ Jikalau bukan kerana Murabbi bagaimana kita hendak mengenal Rabbi. Pernahkah kita terfikir, bagaimana kitab yang dahulu kala itu masih dijadikan bahan rujukan pada ummah masa kini sedangkan jarak tahun yang sangat panjang di antara mereka dan kita terlalu jauh. Itulah yang dinamakan “Kitab Hidup” penulisan nota mereka dijadikan resolusi kepada ummah akan datang kerana apa yang ditulis dan dicatatkan itu sebenarnya apa yang dilalui oleh mereka dengan panduan Mursyid serta Al-Quran dan As-Sunnah, sebagaimana firman-Nya: “ Demikianlah kami huraikan be- berapa tanda - tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya ” Oleh itu, selagi mana hayat kita dikandung badan, tulislah diari kamu bersesuaian apa yang pernah diri lalui. Moga-moga, ia menjadi pedoman buat generasi akan da- tang. Lihat kembali seketika, saat wahyu pertama diturunkan kepada Nabi, perkara ilmu itulah yang mula-mula dibuka. Disuruh oleh Jibril kepada Baginda membaca suatu bacaan dengan nama Tuhan, dan Tuhan yang mengajarkan ilmu dengan Qalam atau pena sehingga diketahui oleh manusia perkara- perkara yang selama ini tidak diketahuinya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=