MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

35 membuktikan Liqa’ itu mampu menggegar dunia seperti mana kata-kata Soekarno: “ Berilah aku 10 orang pemuda nescaya aku akan goncangkan dunia ” Demikian itulah, gambaran yang mampu digambarkan bagi menunjukkan betapa bernilainya sebuah Liqa’ itu sehingga Islam sendiri menganjurkan agar akal diisi dengan ilmu dan ma’rifah serta mendalami segala urusan agama supaya dengan ilmu-ilmu itu, ‘aqal menjadikannya sebagai sebab atas segala tindakan, membezakan di antara yang bu- ruk dengan yang baik, di antara yang hak dengan yang batil sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘ailaihi wasallam: “ Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya diberikan kefahaman yang mendalam da- lam agama ” Mengapa payah belayar jauh, Mencari mutiara di laut dalam, Sudahlah patut kapal bersauh, bawalah menung di hening mal- am, Bilalah larut malam gelita, Bilalah sepi dunia keliling, Dengar suara di jiwa kita, Jelas terdengar meskipun hen- ing. Muhammad Asyraf Bin Mohd Azlin, 1121988, Mahasiswa Tahun 3, Program Pengajian Akidah Dan Agama, asyrafazlin93@gmail.com. murid berhadapan dengan guru untuk memahamkan sesuatu kitab. Liqa’ ini lebih kepada sistem study group. Segala perbahasan yang dibahaskan semasa kita bertalaqqi dibincangkan di dalam Liqa’ untuk mematangkan fikiran dan menyelaraskan fikiran sesama ahli Liqa’. Inilah yang dititikberatkan dalam setiap jemaah yang wujud di dunia ini. Liqa’ bukan sekadar memenuhi tuntutan rukunnya yang berpandukan Ukhuwah (Ta’aruf, Tafahum & Takaful) bahkan lebih daripada itu. Dengan Liqa’, kita akan dapat bersama memahami Islam dengan jelas walaupun banyak khilaf yang timbul. Syeikh Muhammad Abu Syawsyah pernah berkata: “ Aku tidak rela melihat perselisihan antara kamu dalam perkara khilafiyah & syubhah. Jika ada perkara yang perlu dibahaskan, lakukan mudarasah antara kamu secara internal bukan secara terbuka (bimbang salah faham dan kecelaruan masyarakat umum). Namun, berilah ucapan yang menyentuh hati (suka kepada Islam) kepada masyarakat ramai. ” Liqa’ juga merupakan salah satu daripada taman-taman Syurga dan sangat disukai Nabi iaitu majlis ilmu. Pernah suatu hari, Rasullah masuk ke dalam masjid. Di sana, Baginda mendapati dua kaum sedang berkumpul di dalam majlis masing-masing. Majlis yang pertama sedang berzikir dan majlis yang kedua sedang memperdalam fahaman tentang Feqah. Lalu, Baginda berkata, bahawasanya kedua majlis itu bagus dan sangat disukainya. Majlis yang pertama merupakan majlis yang mengingatkan diri pa- da Allah dan bermohon kepada- Nya; andai Allah suka, lalu diberi- Nya, dan jika tidak, tidak akan diberi-Nya. Satu lagi majlis meru- pakan majlis ilmu untuk memper- dalam fahaman dan memberi pengajaran kepada si jahil. Setelah itu, Baginda duduk ke majlis ilmu itu. Liqa’ yang “hidup” umpama rama-rama yang keluar dari kepompong. Tujuan Liqa’ bukan sekadar bermain teori dan fantasi akan tetapi menyuruh kepada ahli Liqa’ untuk turun ke lapangan serta mengaplikasikan apa yang telah dibincangkan di dalam Liqa’ itu sendiri. Antara aspek Liqa’ yang bertetapan dengan prinsipnya ialah: 1. Dia mengajak orang lain bekerja dengan ‘lil lah’(kerana Allah), bukan supaya diikuti. Kewajipannya menyampaikan dan yang memberi hidayah berasal daripada Allah. 2. Bukan menyeru untuk diri. Akan tetapi, menyeru dan mengajak untuk kembali kepada Tuhan. 3. Insaf bahawa dia hanya manusia, tidak kurang dan tidak lebih daripada orang lain. Jika dia pintar, ada yang lagi lebih daripadanya. Jangan jadikan Liqa’ itu seperti mayat hidup. Tidak ada gunanya jika ukhuwah terlalu kuat tetapi tidak digunakan pada jalannya. Akan tetapi, tidak ada gunanya juga jika dalam proses pembinaan masih tidak kukuhkan ukhuwah kerana rukun Liqa’ itu sendiri berkehendak kepada ukhu- wah. Ukhuwah itu tunjang dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=