MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

34 U ngkapan Liqa’ atau lebih dikenali dengan perkataan Usrah tidak asing lagi di bumi USIM ini. Cuma persoa- lannya, ada apa dengan Liqa’? Se- setengah dikalangan kita sangat alergi apabila mendengar perkataan Liqa’( Usrah) kerana menyangka- kan ia sesuatu yang amat mem- bosankan dan hanya aktiviti yang membuang masa. Hal ini tidak dinafikan disebabkan pembawak- an Liqa’ yang tidak mengikut manhaj dan prinsip Liqa’ itu sendiri menyebabkan hilangnya ketulenan dan kemanisan sebuah Liqa’. Penulisan ini cuba dinukilkan untuk para pembaca menilai dan memahami apa yang dibawa dan digunakan dalam Liqa’ daripada sudut penjelasan kita mengenai sesuatu ilmu itu dengan bimbingan Ruasa’ atau dikenali Nuqaba’ serta kesan apabila melalui perjalanan Liqa’ itu sendiri. Sebagaimana firman Allah: ي ۖ ي ۖ “ Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan dari Allah ” Sayugianya jika seorang tukang masak ingin memasak sesuatu masakan, sudah pasti ia mempunyai resepi dan cara masakan yang tersendiri. Begitulah persamaannya dengan Liqa’. Adanya Ruasa’ untuk membimbing, silibus sebagai jalan, rukun Usrah umpama pengikat dan sahabat seusrah berfungsi untuk menguatkan kita dikala lemah menjelma. Semua elemen tersebut memainkan peranan di antara satu sama yang lain.Sedar tak sedar, ia seakan- akan seperti sistem Talaqqi yang memerlukan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=