MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

33 3. English Version. King James atau versi yang telah dibenarkan pencetakannya. Secara umumnya Bible versi bahasa Inggeris ini diterjemah oleh 47 orang Sarjana Kristian dibawah kebenaran Raja James I ( King James I ). Sejarah melaporkan bahawa tiada seorang pun yang mendakwa yang dia memiliki manuskrip yang asal berbahasa Hebrew yang merupakan ayat-ayat Tuhan dan tiada jaminan yang menunjukkan bahawa manuskrip-manuskrip lama yang ditemui (Bukan daripada bahasa Hebrew bahkan yang paling lama ditemui adalah bahasa Greek kuno yang telah diterjemah daripada bahasa Hebrew) sebagai kalam Tuhan yang sebenar. Beberapa sebab kenapa kami (Muslim) menolak Bible sebagai seratus peratus kalam Tuhan: 1. Tiada rekod yang menunjukkan bahawa ayat-ayat di dalam Bible hari ni sebagai ayat-ayat yang asli sepertimana ia diturunkan oleh Tuhan kepada Nabi Isa a.s dan Nabi Musa a.s. Maksudnya: “ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al - Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. ” (Surah al-Hijr 15:9). Jika kita lihat bahawa al-Quran yang ada pada hari ini bahasa asal- nya iaitu bahasa Arab masih lagi kekal dicetak dan ramai yang menghafalnya, berbeza dengan Bible yang sudah tidak dijumpai lagi dalam bahasa asalnya, i.e. bahasa Hebrew yang mana di dalamnya terdiri daripada kitab Taurat dan Injil serta dicampur aduk dengan beberapa kitab-kitab daripada tulisan idea manusia itu sendiri, kita tidak sesekali boleh memanggil Bible sebagai Injil kerana ia telah pun bercampur- campur isinya. Islam datang dengan memperjelaskan dan memperbetulkan kesalahan- kesalahan yang telah dicampur adukkan di dalam kitab Injil dan Taurat yang ianya hasil daripada tangan-tangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab daripada kalangan mereka. Allah memberi peringatan kepada mereka Yahudi dan Nasrani dalam firmannya: َ اَي َ ل ه َ ا ا يتَ هل ل ب ا ل ل ي ل ل ْ ِ َ س َ ا ل ا ل يح َّ َ َيل ْ ل ه ا لَط لي ل اا ل لهي لي ل ِْْ ل اا ُ ل ا يح َِّ ا ط َ ل ل ا يو ل ب ا ل ل ي ل ل ِِْْ اط لل ل ح و ﴿ي 71 ﴾ي Maksudnya: “ Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebena- ran padahal kamu menge- tahuinya? ” (Surah al-Imran 3 :71). Wallahua’lam. 2. Teks-teks bible banyak padanya percanggahan sesama sendiri, ayat-ayat yang tidak masuk akal, ramalan yang tidak tepat, janji yang dimungkiri, cerita -cerita yang tidak senonoh dan sebagainya. Ini membuktikan secara jelas bahawa ia bukan datang daripada Tuhan. 3. Walaupun para Sarjana Kristian mengakui bahawa keseluruhan teks-teks Bible bukan daripada Tuhan yang mana sebahagiannya daripada tulisan manusia dan sebahagiannya daripada Tuhan, namun sehingga kini masih tiada seorang pun yang mampu membezakan mana satu daripada Tuhan yang mana satu bukan. 4. Manuskrip yang lain telah dimusnahkan oleh pihak gereja, manakala bahagian-bahagian tertentu yang mereka rasa mereka ingin kekalkan maka mereka menjaganya dengan rapi. 5. “Kalam Tuhan” beerti bahawa ayat tersebut merupakan kata-kata Tuhan yang tidak diubah cara penyampaiannya, namun yang ada pada Perjanjian Lama dan Baru pada hari ini tidaklah kebanyakannya kalam Tuhan bahkan ia adalah ucapan yang dilaporkan dan ditulis. Kesimpulan yang dapat kita buat, bahawa al-Quran sebagai sebuah kitab yang mengandungi kalam Tuhan yang mana dijaga rapi sehingga hari Kiamat, Allah berfirman: ل ي﴿ ل ِْ ل هفَظ ل ل ل هِيل ا هيل ََ ل إ ل يو ار ل هي لذَِك ا ن ا ل ل ز َ ا نِي ل ل َ ا هي ََ إ 9 ﴾ي

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=