MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
32 Secara umumnya, mazhab Katolik, Ortodoks dan Protestant bersetuju dengan kandungan dan susunan buku dalam perjanjian baru. Berikut bahagian-bahagian dalam kitab Perjanjian Baru: Adakah Bible itu kalam Tuhan? Perkara ini sering diperdebatkan dalam kalangan sarjana Kristian mahupun Islam antaranya Sheikh Ahmed Deedat, Sir Annis Shorosh dan ramai lagi. Pa- ra sarjana Kristian tidak mendapat jalan keluar dalam menentukan yang mana manuskrip asal bagi kitab Bible, kerana sesungguhnya kitab asal Bible yang ditulis dalam bahasa Hebrew (Bahasa penuturan Nabi Isa a.s dan kaumnya) tidak dijumpai sehingga kini! Maulana Dr. Waffie Mohammed menggariskan beberapa manuskrip yang dijumpai dan disimpan rapi oleh pihak Kristian, disini penulis sertakan 3 sahaja manuskrip: 1. Cordex Sinaiticus. (Sebahagian daripadanya dijumpai di dalam tong sampah pada tahun 1844) Ia pada asalnya daripada Greek (Greece) dimiliki seawal kurun ke-4 Masihi. Ia telah dibeli daripada Soviet Russia oleh kera- jaan British pada tahun 1933 dan disimpan di Muzium British, Lon- don, England. 2. Cordex Vaticanus. (Sebahagian daripadanya dilaporkan hilang). Ia ditulis pada kurun ke-4 Masihi. Ia terletak di Perpustakaan Vatican. Gospel and Acts i. Matthew (Matius) ii. Mark (Markus) iii. Luke (Lukas) iv. John (Yohanas) v. Act of the Apostle (Kisah Para Rasul) Letters of Paul (Surat - surat Paul) i. Roman (Roma) ii. Corinthian I (Korintas) iii. Corinthian II (Korintas II) iv. Galatians (Galatia) v. Ephesians (Efesus) vi. Philippians (Filipi) vii. Collosians (Klose) viii. I Thessalonions (I Tesalonika) i. II Thessalonions (II Tesalonika) i. I Timothy (I Timotios) ii. II Timothy (II Timotios) iii. Titus iv. Philemon (Filemon) v. Hebrew (Ibrani) vi. James (Yakobbus) vii. I Peter (I Petrus) viii. II Peter (II Petrus) ix. I John (I Yohanes) x. II John (II Yohanes) xi. III John (III Yohanes) xii. Jude (Yudas) Apocalypse i. Revelation (Wahyu)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=