MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
30 Sacred : A Conversation with Seyyed Hossein Nasr on His Life and Thought (2010). Selain itu, terdapat pengalaman penting lain yang wajib dikongsi oleh Prof Dr Wan Mohd Nor. Pengalaman ini telah dihuraikan secara panjang lebar dalam buku ini, iaitu pengalaman bersama dua tokoh besar Pemikiran Islam iaitu Almarhum Fazlur Rahman dan Prof Al-Attas, mengenai ISTAC dan idea Islamisasi ilmu kontemporari. Pengalaman beliau sebagai anak didik Almarhum Fazlur Rahman telah dihuraikan mulai hari pertama beliau bertemu dengan tokoh ini serta beberapa kisah unik mengenai latihan akademik yang beliau terima sebagai pelajar PhD di University of Chicago. Begitu juga, pengalaman beliau sebagai orang kanan Prof Al-Attas telah dituang dalam buku ini berserta beberapa kisah menarik berkenaan pembangunan awal ISTAC, pengurusan akademik, talent search dan aktiviti-aktiviti ilmiah.Malah dikongsi juga isu-isu sensitif yang tidak diketahui kebanyakan orang termasuk di akademia tempatan, berkenaan kisah pemecatan Prof Al-Attas sebagai Pengarah-Pengasas ISTAC, pengurusan kewangan ISTAC, pengkultusan Prof Al- Attas dan lain-lain isu lagi yang sering disalah anggap oleh mereka yang tidak berhati-hati dalam menekuni isu-isu sebegini. Berkenaan idea Islamisasi ilmu kontemporari, meskipun beliau telah dididik oleh Almarhum Fazlur Rahman yang merupakan penentang kuat bagi idea ini, Prof Dr Wan Mohd Nor dapat berbeza termasuklah perkongsian mengenai pengalaman perkembangan kerjaya beliau di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); kemudian di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); kemudian ke Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM serta yang terkini di CASIS-UTM. Antara catatan menarik yang dikongsi adalah episod pertukaran bidang pengajian atau pengkhususan beliau daripada perubatan ke bidang kaji hayat untuk Sarjana Muda Sains, kemudian ke Pendidikan Sains pada peringkat Sarjana dan Pendidikan Islam pada peringkat Doktor Falsafah. Dengan mencermati episod-episod ini, pengulas dapat simpulkan bahawa hal ini berlaku kerana minat, kesungguhan dan keperluan yang dilihat oleh Prof Dr Wan Mohd Nor dari semasa ke semasa sebelum beliau dapat balik untuk memberi khidmat dan jasanya kepada negara. Tambahan pula, perkara yang unik ini juga turut berlaku kepada beberapa sarjana tersohor lain seperti Prof Seyyed Hossein Nasr yang bermula dalam bidang fizik pada peringkat Sarjana Muda, manakala Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains Islam. Oleh itu, membaca buku ini turut mengingatkan pengulas secara langsung dengan buku memoir- biografi Prof Seyyed Hossein Nasr yang terakam di In Search of the pendapat secara sihat dengan gurunya dalam hal ini.Menerusi penelitian yang mendalam kepada falsafah ilmu kontemporari yang sangat materialistik dan anti adab, Prof Dr Wan Mohd Nor sependapat dengan Prof Al-Attas iaitu dunia amat memerlukan Islamisasi melalui usaha dewesternisasi dan dekolonisasi ilmu. Bagi beliau usaha ini seha- rusnyadigerakkan di Institusi- institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi baru yang tidak lagi mengalami kekeliruan ilmu dan pandangan alam. Sebagai kesimpulan, dalam setiap bab yang disajikan dalam buku ini, pembaca akan dapat melihat latar belakang pemikiran serta pengalaman ilmiah Prof Dr Wan Mohd Nor yang jarang- jarang diungkapkan dalam sesi bersemuka bersama beliau. Latar belakang pemikiran dan pengalaman ilmiah inilah yang menjadikan Prof Dr Wan Mohd Nor seperti yang kita sedang lihat hari ini, terus teguh dan yakin dalam membebaskan manusia daripada kekeliruan ilmu melalui lisan dan tulisan beliau di segenap ceruk penjuru dunia.Beliau selayaknya digelar Abqari kerana keunikan perjalanan intelektual dan sisi pandangnya yang berbeza daripada sebilangan sarjana dan profesor. Beliau mengungkapkan dalam biografinya ini: “Keunggulan institusi keilmuan dalam sejarah Islam, seperti juga dalam sejarah agama besar dan tamadun lain, bergantung kepada keunggulan ilmuwan di dalamnya berdasarkan nilai atau mutu sebenar ajarannya dan keutuhan peribadinya, bukan sekadar jumlah karyanya .”
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=