MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
29 makrifat mereka tidak diwariskan. Senario buruk yang mungkin berlaku adalah masyarakat terjebak dengan krisis ‘ reinventing the wheel ’ atau lebih buruk lagi seperti dalam ibarat failasuf barat moden, George Santayana (1863-1952) " Those who do not remember the past are condemned to repeat it ." Inilah pelajaran pertama dan utama yang dicari oleh pengulas dalam buku yang baik ini. Kesemua 19 bab dalam buku ini diaturkan menurut kronologi iaitu bermula daripada masa kecil dan remaja Prof. Dr. Wan Mohd Nor sehinggalah ke tahun 2012, di mana beliau telah diberikan mandat untuk menjadi Pengarah di CASIS-UTM. Gaya penyampaian buku pula adalah dalam bentuk transkrip temu bual dua hala antara editor, iaitu Dr Adian Husaini dan Prof. Dr. Wan Mohd Nor. Dr Adian Husaini bukanlah orang yang asing bagi Prof Dr Wan Mohd Nor kerana beliau juga merupakan alumni ISTAC dan anak didik Prof Dr Wan Mohd Nor. Meskipun persembahan buku ini dalam Bahasa Melayu B uku ini adalah sebuah terbitan yang diusahakan secara kerjasama antara dua Institut kajian tamadun, sebuah di Malaysia dan sebuah lagi di Indonesia. Di Malaysia, Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (CASIS) adalah salah satu pusat penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di Indonesia pula, Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization (INSISTS) adalah pusat kajian pemikiran dan peradaban Islam yang berpengkalan di Jakarta Selatan. Usaha menerbitkan buku ini adalah sangat terpuji dan dihargai melihatkan penerbitan buku memoir atau biografi ahli-ahli akademik di Malaysia tidaklah serancak seperti di negara-negara maju. Adalah satu kerugian yang besar kepada generasi akan datang sekiranya suara sebenar pendeta- pendeta hikmah ini tidak dirakamkan dan butir-butir Indonesia, pihak editor telah menyediakan rujukan glosari istilah Melayu Indonesia – Malaysia untuk panduan para pembaca. Setiap bab kadang-kala diselang-selikan dengan sebuah sajak ciptaan Prof Dr Wan Mohd Nor. Kesemua sebelas sajak yang dimuatkan dalam buku ini dapat membangkitkan bukan sahaja aspek intelektual pembaca, malah emosi, estetika dan penghayatan. Menarik sekali apabila antara kandungan yang turut dimasukkan dalam buku ini ialah pengalaman peribadi Prof. Dr. Wan Mohd Nor bersama beberapa nama hebat dalam dunia pengajian Islam antarabangsa seperti Almarhum Fazlur Rahman (1919-1988), Almarhum Ismail Faruqi (1921- 1986), Prof Al-Attas (lahir tahun 1931), Prof Seyyed Hossein Nasr (lahir tahun 1933) dan ramai lagi. Malah, Prof. Dr. Wan Mohd Nor turut bermurah hati untuk berkongsi pengalaman manis dan pahit beliau ketika belajar di Pakistan dan di Amerika Syarikat iaitu di Northern Illinois University (NIU) dan di University of Chicago. Ini Oleh: Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah pengajian akidah dan agama Ulasan Buku: Adian Husaini (ed.) 2012. Rihlah Ilmiah Wan Mohd Nor Wan Daud Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer. Jakarta: UTM- CASIS dengan kerjasama INSISTS. 474 halaman.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=