MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

27 Lebih-lebih lagi wanita tersebut beragama Islam. Akhirnya wanita tersebut dihukum oleh mahkamah. Begitu juga kejadian yang terbaru, media telah mendedahkan aksi pengantin perempuan yang berpakaian ketat membaling bunga kepada orang ramai. Perkara ini menyebabkan ‘ viral ’ dan memalukan pihak pengantin. Punca daripada kejadian tersebut dapat kita simpulkan bahawa masyarakat kita tidak peka terhadap masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka bertambah tenat. Percubaan untuk menyedar dan memulihkan masyarakat dengan menggunakan media adalah bersalahan dengan kehendak agama kerana ada unsur dan elemen memalukan sesetengah pihak. Dalam Islam, kaedah usul fiqh yang diambil daripada hadis Nabi S.A.W: Maksudnya: “Tiada kesusahan kepada seseorang dan tiada Yang menanggung kesusahan” (HR al- Hakim). adalah menjadi asas pegangan Ahli Sunah Waljamaah. Ini adalah kerana Islam sentiasa menjaga kepentingan individu dan masyarakat umum. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa cara dan gaya kefahaman masyarakat terhadap akhlak adalah tidak bertepatan dengan ajaran Islam itu sendiri. Mereka lebih menggunakan akal dan hawa nafsu bagi menangani masalah akhlak. Padahal Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas terhadap masalah akhlak tersebut. Tokoh ilmuan akhlak yang terkenal seperti Imam al-Ghazali dan Abu Talib al- Makki mengarang khusus kitab- kitab berkenaan dengan akhlak. 5.0 Ajaran Sesat Kemudahan dan kepantasan media yang canggih telah mampu mencetuskan pelbagai aliran dan pemahaman. Oleh kerana terlalu banyak sumber yang masuk ke dalam media tersebut menyebabkan masyarakat keliru dan mudah terpengaruh dengan lontaran ideologi yang tidak jelas. Oleh itu, sesetengah aliran mengambil kesempatan untuk menyebarkan ajarannya dengan meletakkan asas-asas yang hampir sama dengan ajaran Islam. Kita terpegun apabila ‘Sister in Islam’ mengorak langkah dengan mengambil jalan perundangan antarabangsa iaitu hak asasi manusia sebagai wadah perjalanan mereka di tengah masyarakat Islam. Perkara yang dituntut dalam ajaran mereka adalah hak persamaan di antara kaum lelaki dan perempuan. Mereka mendedahkan identiti dengan mengadakan solat secara terbuka yang diimamkan oleh seorang wanita dan diikuti oleh beberapa orang pengikut mereka. Tuntutan lain yang dilaungkan ialah persamaan dalam pembahagian harta pusaka ( faraid ). Ajaran sesat yang mendakwa diri sebagai tuhan iaitu kes ‘Tuhan Harun’ telah mengorban nyawa seorang penguatkuasa Jabatan agama Islam Pahang turut diberikan perhatian dalam media. Dengan perhatian media tersebut maka pasukan keselamatan telah berjaya menangkap ketua tersebut dan dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pengadilan. Justeru, media baru memainkan peranan penting dalam menghasilkan maklumat yang benar dan yang salah. Penggunaan maklumat yang tidak tepat akan mengundang kepada kecelaruan dan salah faham terhadap satu-satu isu. Akidah tidak boleh diperagakan demi mencapai hasrat dan matlamat aliran dan ajaran tertentu. Sudah pasti, kayu ukur yang telah tersedia boleh membantu memahami akidah Islam yang sebenarnya. 6.0 Penyebaran Agama Agama Islam adalah agama yang diredai oleh Allah S.W.T seperti firman-Nya: Maksudnya: “Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah ialah agama Islam” (al-Maidah: 18). Sementara agama kristian dan yahudi sentiasa mencari peluang mengembangkan agama mereka kepada seluruh masyarakat dunia, tidak kecuali masyarakat Islam. Allah berfirman: Maksudnya: “Orang-orang yahudi dan Kristian tidak akan suka dan senang melihat engkau (ya Mu- hammad) melainkan setelah engkau mengikut agama mereka’ (al-Baqarah: 120). Kedua-dua ayat ini menjelaskan kepada kita usaha yang gigih dan berterusan daripada orang-orang yahudi dan kristian untuk menyekat kemaraan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=