MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

26 Mursiy, terdapat kumpulan pelampau yang bergelar ‘ Ansar Bayt al - Maqdis ’ yang membunuh 25 orang tentera kerajaan baru- baru ini mendakwa mereka menyokong penuh dengan kumpulan ISIS tersebut. Seolah- olah mereka ini mempunyai satu ideologi dan satu aliran pemikiran yang menggambarkan orang lain adalah tidak betul malah menghalalkan darah ini ditegah dalam Islam. 4.0 Akhlak Penerapan nilai murni dan akhlak mulia menjadikan setiap insan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ini adalah kerana sifat yang demikian menghasilkan individu dan masyarakat yang harmoni seterusnya berjaya dalam segala seterusnya berjaya dalam segala aspek kehidupan. Akhlak yang baik adalah asas keperibadian muslim sebaliknya akhlak yang buruk akan membawa kemudaratan kepada individu dan masyarakat. Di dalam dunia yang serba moden ini, aspek akhlak telah mula longgar dalam masyarakat. Terutamanya apabila mereka tidak lagi hirau akan kepentingan adab, peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh syariat ataupun undang-undang yang perlu dipatuhi. Perkara ini amat membimbangkan apabila banyak perkara yang melibatkan akhlak yang buruk didedahkan oleh media baru seperti facebook yang mendedahkan keaiban seorang wanita yang berperangai memarahi seorang cina dengan memekik dan mengugut dengan cara yang amat memalukan. Pegangan aliran selain daripada Ahli Sunah Waljamaah akan mengundang kecelaruan akidah. Contohnya pemikiran terlampau mengatakan sumber dan ajaran mereka adalah lebih tepat dan benar sementara pemikiran terlalu sempit membawa kepada penolakan segala bentuk hujah akal dan mendakwa mereka adalah golongan yang mempertahankan agama berasaskan al-Quran dan hadis. Hasil daripada pemikiran- pemikiran tersebut, maka lahirlah golongan pelampau agama yang menganggap kebenaran hanyalah milik mereka sahaja, selain itu, semuanya terpesong dari akidah yang benar.Tindakan sebegini akan menghukum orang Islam yang tidak mengikut aliran pemikiran mereka sebagai sesat, kafir, bidaah, syirik dan seumpamanya. Apabila prinsip mereka ditegakkan maka berlakulah pertembungan pemikiran dan berakhir dengan perpecahan, pergolakan dan peperangan. Kita sendiri dapat menyaksikan pertembungan tersebut dalam media baru yang tersedia di alam maya ini seperti twitter, facebook,whatsapp, youtube, blog dan seumpamanya, ada yang mendokong dan ada yang menentang. Contoh isu hangat yang diperkatakan waktu ini ialah penubuhan negara Islam yang dikenali sebagai Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS). Jelasnya, Islam tidak ada unsur keganasan seperti yang didakwa. Malah ia telah mencemar kemurnian akidah umat Islam yang berpegang kepada aliran Ahli Sunah Waljamaah. . Di Mesir, setelah berlaku rampasan kuasa dari pihak al-Sisi ke atas al- akan mengundang pelbagai ideologi, pemikiran, aliran dan falsafah yang tiada batasan. Ditambahi dengan ketandusan ilmu berkaitan dengan akidah dan kurang peka terhadap isu-isunya menjadi punca utama kepada pengaruh luar menyelinap masuk ke dalam pemikiran umat Islam secara tidak disedari. 3.0 Keganasan Akidah Ahli Sunah Waljamaah adalah aliran seimbang di antara pemikiran terlampau ( ifrat ) dan terlalu sempit ( tafrit ). Golongan seperti shiah dan khawarij adalah contoh yang nyata kepada kedua- dua bentuk aliran tersebut. Sementara, Ahli Sunah Waljamaah menegah umat Islam daripada terpengaruh, mengamal dan menyebarkan pemikiran yang tidak jelas dan boleh membawa kepada penyelewengan. Oleh itu, dengan adanya media baru yang berteknologi tinggi, ancaman dan pengaruh disebarkan dengan mudah dan cepat serta yang lebih parah lagi ianya menjadi viral hinggakan seolah-olah perkara yang tersebar tersebut adalah benar dan tepat tanpa memikirkan implikasi dari sudut kehidupan dan akidah umat Islam. Medium ini telah membuka ruang kepada semua pihak bagi tujuan penyebaran aliran pemikiran mereka dengan mudah tanpa sekatan seperti sebelum kewujudannya. Justeru, aliran yang bercanggah dengan akidah Islam pun turut menggugat dengan kehadiran media baru tersebut. Risiko yang paling bahaya dan memberi impak yang tinggi kepada kehidupan muslim iaitu keganasan akibat daripada aliran yang tidak selari dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=