MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
25 pengetahuan dijulang oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh- bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (al- Mujadalah: 11). Hadis Nabi S.A.W juga memperkuatkan dorongan kepada tuntutan berilmu sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim” (HR al-Tabraniy). Oleh itu, Islam tidak melarang sesiapa pun dari menuntut ilmu pengetahuan dan menggunakan hasilnya sekiranya ia selari dengan landasan syarak dan akidah yang betul. Dengan galakan dan dorongan tersebut maka setiap individu muslim berlumba-lumba dan tidak mahu ketinggalan dalam memperolehi ilmu pengetahuan atau sekurang-kurangnya memiliki hasil ilmu tersebut terutamanya apabila tercipta teknologi seperti media baru yang kita bincangkan ini. Dalam keghairahan dunia siber dan media baru tersebut, akidah Islam perlu dipelihara dan dijaga rapi kerana dunia tanpa sempadan sempadan. Ianya boleh disifatkan sebagai digital, berbentuk jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Sementara ciri utama yang terdapat pada media baru adalah digital, interaktif dan integrasi. Contohnya seperti internet dan web, komputer, telefon bimbit, tablet, VCD, DVD, video game, portable media player dan lain-lain. Penggunaan teknologi baru atau media baru ini telah meningkat dan memperluaskan maklumat secara pantas dan mudah. Semua perkara yang berhubung dengan kehidupan manusia boleh didapati di hujung jari. Walau bagaimanapun, media baru tidak terlepas dari implikasi maklumat tanpa had sama ada baik atau sebaliknya. 2.1 Media Baru dan Akidah Islam Cara dan gaya hidup seorang muslim diberi perhatian penuh oleh agama Islam dalam membentuk dan membina keperibadiannya. Oleh demikian, peredaran zaman yang seiring dengan perkembangan tamadun dan teknologi terkini turut menyumbang kepada perubahan dan penampilan diri individu tersebut. Landasan Islam yang berpaksi kepada akidah yang telus dititik beratkan dalam segenap aspek kehidupan bagi memastikan kemurnian akidah terjamin seterusnya memperolehi keberkatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam menggalakkan umatnya agar berusaha dan bersikap terbuka terhadap ilmu dan perkembangannya. Malah perhatian terhadap ilmu daripada dicemari oleh pelbagai unsur yang boleh merosakkannya seperti keganasan, murtad, khurafat dan ajaran sesat. Pelbagai langkah yang telah diletakkan oleh Islam bagi mengekang masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Oleh itu, perbincangan kertas kerja ini akan menghuraikan konsep media baru dan hubungannya dengan akidah. Pendedahan isu semasa seperti keganasan, akhlak, murtad, ajaran sesat, penyebaran agama dan khurafat turut dikupas. Penjelasan berkaitan dengan isu tersebut dihuraikan mengikut aliran akidah Ahli Sunah Waljamaah. 2.0 Konsep Media Baru Berpandukan kepada Socha dan Eber-schmid (2012) dalam penulisan mereka “Defining New Media Isn’t Easy”, media baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Ini menunjukkan bahawa media baru merupakan gabungan t eknologi yang berkembang pesat dalam kategori media. Pembangunan dan pembaharuan media ini menyentuh pelbagai sudut kehidupan manusia. Sebagai contoh, dulunya televisyen merupakan media yang dapat menyebarkan maklumat dengan pantas, kini televisyen dianggap sebagai pengulas dan pemberi maklumat sekunder berbanding media baru yang dikenali sebagai internet lebih mendapat perhatian kerana membatasi segenap sudut maklumat dan meluas.Secara ringkasnya, media baru memberi maksud teknologi informasi tanpa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=