MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
23 manhaj pengajiannya seperti perbahasan bersifat ilmu kalam dan perbahasan sifat 20 itu berasaskan gagasan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah? Apakah amalan membaca qunut pada solat fajar dan berwirid selepas solat tidak termasuk dalam amalan Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah? Adakah amalan sambutan mawlid, tawassul dan tabarruk terkeluar drpd manhaj Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah? Banyak kekeliruan dan kemusykilan tentang gagasan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dapat dijernihkan sekiranya semua pengkritik kembali kepada ruh ilmu dan semangat objektif dalam perbincangan mereka. Cukuplah dengan retorik oportunis dan publisiti murahan semata-mata mahu menarik khalayak sesuai dengan kaedah khalif tu'raf (engkau berselisih, engkau akan dikenali ramai). Bagi orang awam yang ikhlas mencari ilmu, ketahuilah bahawa fa inna li kulli maqam maqal, wa li kulli ilm rijal . (sesungguhnya bagi setiap kedudukan itu, ada bicaranya; dan bagi setiap disiplin ilmu itu ada ahlinya) Maka janganlah kerana kita kurang faham satu-satu ilmu atau huraian seseorang ulama maka cepat dikafirkan, dizindiqkan atau dibid'ahkan Muslim lainnya. Tak perlu dimarakkan perselisihan yang dicela atau al - khilaf al - madhmum dalam kalangan kita. Yang kita perlukan ialah kritikan yang ikhlas dan membina melalui al - khilaf al - mashru' . Cukuplah dengan peperangan yang berlaku di Palestin, Selatan Siam, Syria, Iraq dan Yaman waktu ini untuk kita meratapi nasib umat yang lemah. Pesan Baginda SAW: “Sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan pembelajaran dan kefahaman itu diperolehi dengan tafaqquh dan barang siapa yang dikehendaki Allah ke atasnya kebaikan, diberikan kefahaman dalam urusan agamanya.” (Riwayat al-Tabrani dalam Musnad al - Shamiyyin ) . Para ulama juga harus insaf dan adil dalam tulisan serta pengajaran mereka. Bukannya saling melaga-lagakan antara satu pihak dengan pihak yang lain, mengelirukan masyarakat awam dalam persoalan khilafiyyah yang tidak berkesudahan dan membuka keaiban seorang Muslim di hadapan Muslim yang lainnya. Ini bersesuaian dengan semangat inkuiri yang Rasulullah SAW telah telah terapkan dalam sebuah hadis yang berbunyi: yakni jadilah kamu sama ada seorang yang alim, atau seorang pelajar, atau seorang pendengar majlis ilmu atau seorang pencinta ilmu. Dan janganlah kamu menjadi yang kelima (pembenci ilmu), maka kamu akan binasa. (Riwayat al- Bayhaqi dalam Shu c ab al - Iman ) Moga dengan penulisan ringkas ini jelaslah mengapa dan di manakah Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah untuk dikukuhkan kefahaman kita semua bersama. “Ahli Sunah Waljamaah bukan satu organisasi atau pergerakan yang terancang dalam dunia pemikiran akidah Islam tetapi adalah golongan atau nama yang mengandungi makna jamaah majoriti umat Islam yang beriltizam kepada Quran dan Sunnah. Ini adalah mengikut pemahaman yang diajar oleh Nabi s.a.w. dipegang dan dihayati oleh Sahabat, Tabiin, Tabi Tabiin dan umat Islam yang mewarisi mereka itu sehingga kini... Pertumbuhan dan perkembangan Ahli Sunah yang ada sandaran Syariah dan sejarah mempunyai ruang lingkup dan pengertian yang sangat luas merentasi generasi Salaf dan Khalaf. Ia tidak harus diwakili oleh seseorang tokoh atau aliran seperti Abu Hasan Asyaari, Abu Mansur Maturidi atau Ibnu Ta imi y y ah . I a hendak l ah merangkumi semua aliran dan mazhab akidah Islam yang beriltizam kepada Quran dan Sunnah. Penghayatan kepada Quran dan Sunnah seperti terdapat di kalangan Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin dahulu. Di samping itu penggunaan akal dan sistem logik bagi mengukuhkan apa yang ditegaskan oleh nusus Agama adalah penting. Malah dalam keadaan masyarakat Islam dan manusia terus berkembang dan berubah dari aspek pemikiran, ilmu pengetahuan sains dan t e k n o l o g i , i a s eme s t i n y a berkhidmat memantapkan akidah Islam supaya akidah Islam mampu menghadapi cabaran serta terus menjamin kefahaman umat Islam terus mantap dan subur.” - Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dalam Ahli Sunah Waljamaah: Pemahaman Semula (1998)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=