MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

22 Usaha yang murni dalam mengajak umat kepada Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah merupakan kesinambungan kepada usaha- usaha yang telah disumbangkan oleh ulama-ulama awal sebelum Imam al-Baghdadi seperti Imam- imam Empat Mazhab Fiqh dan Imam-imam lain yang mazhabnya tidak sampai ke hari ini seperti Imam Abu Ja'far al-Tabari, Imam Sufyan al-Thawri dan Imam Muhammad Ibn Sirin. Secara spesifik, terdapat banyak 'permata' yg telah ditinggalkan dalam bidang akidah berkenaan Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah seperti al - Ibanah ‘ An Usul al - Diyanah oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari, Kitab al - Tawhid oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi, matan - matan akidah oleh Imam al-Tahawi, Imam al-Nasafi dan Imam al- Haramayn. Hakikatnya terdapat pelbagai kitab lagi yang termasuk dalam senarai ini. Malah ada antaranya telah pun hilang daripada rujukan umat hari ini kerana tidak dipelihara dari satu generasi ke generasi berikutnya seperti kitab al - Fiqh al - Awsat dan al - Fiqh al - Asghar oleh Imam Abu Hanifah, al - Umad dan al - Fusul oleh Imam Abu al-Hasan al- Ash c ari dan banyak lagi seperti yang dapat dilihat dalam al - Fihrist oleh Ibn Nadim. Selepas daripada zaman Imam al-Baghdadi, huraian berkenaan Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah telah disambung lagi oleh para ulama pewaris anbiya' seperti Imam al-Ghazzali menerusi al - Iqtisad fi al - I'tiqad dan Qawaid al - Aqaid , Imam Fakhruddin al-Razi melalui kitab-kitabnya semisal tafsir Mafatih al - Ghayb , kitab akidah al - Arba c in fi Usuluddin ; Imam Tajuddin al-Subki, Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah serta muridnya Imam Ibn Qayyim al- Jawziyyah dan Imam Ibn Kathir, Imam al-Qurtubi, Imam Ibrahim al -Laqani sahib matan Jawharah al - Tawhid , Imam Muhammad al- Sanusi sahib matan Umm al - Barahin dan banyak lagi sehinggalah ke kurun 15 Hijrah ini. Ada antara kitab-kitab ini yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh para ulama kita untuk memastikan gagasan dan penghayatan Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah terus berkembang sehinggalah ke akhir zaman. Dalam statistik umat Islam di The Muslim 500 edisi 2014, berdasarkan kajian The Royal Islamic Strategic Studies Centre yang berpusat di Jordan, jumlah umat Islam adalah 1.4 bilion drpd keseluruhan 7 bilion penduduk dunia. Menariknya, nisbah peratusan Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah, Shiah dan Ibadiyyah adalah berdasarkan kiraan berikut 90: 9.5: 0.5. Di Tanah Melayu, legasi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini telah dikembangkan melalui usaha gigih para ulama, dengan dukungan para umara' dan sokongan rakyat jelata. Para ulama berusaha mengajarkan dan menulis pelbagai tulisan seperti risalah dan kitab berkenaan Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah dari sudut akidah, syariah dan tasawwuf. Antara karya bahasa Melayu mereka yang boleh dirujuk adalah seperti: al - Durr al - Thamin oleh Syeikh Daud al- Fatani, Faridah al - Faraid oleh Syeikh Ahmad al-Fatani, Usul al - Tawhid oleh Syeikh Husayn al- Banjari, Aqidah al - Najin oleh Syeikh Zainul Abidin al-Fatani, al - Misbah al - Munir oleh Syeikh Abdul Aziz al-Fatani, Perisai Bagi Sekelian Mukallaf oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, Bakurah al - Amani oleh Syeikh Ismail al- Fatani dan banyak lagi. Malah dalam kurun kedua puluh ini, dengan kemajuan ICT dan percetakan, lebih banyak buku dan artikel dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan berkenaan perkara ini. Meskipun adakalanya para ulama ini tidak menzahirkan kalimah Ahl al-Sunnah wa al- Jamaah dalam penulisan mereka, namun begitu, apa yang jelas segala usaha mereka ini untuk meneruskan penghayatan Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah di Nusantara Melayu khususnya dan dunia ini umumnya. Perkara inilah yang kadang kala disalah fahami oleh beberapa pengkritik. Sifir mudah mereka adalah sekiranya tulisan dan pengajaran seseorang ulama itu hanya berkisarkan akidah sifat 20, fiqh mazhab syafi'i dan tasawwuf ihya ulumiddin , maka tidak ada penjelasan Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah di situ. Sedangkan bagi yang cermat dan mencari faham, , di situlah letaknya penghayatan ilmu dan amal Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Bukankah akidah Ashairah dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=