MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
21 Perkara ini Syeikh Muhammad Abu Zahrah datelah dihuraikan oleh Almarhum dalam Tarikh al - Madhahib al - I slamiyyah . Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dalam Ahli Sunah Waljamaah: Pemahaman Semula dinyatakan seperti berikut: “Tarikh kehadiran Ahli Sunah Waljamaah tidak dapat ditentukan secara tepat begitu juga tentang tokoh yang mula memperkenalkan nama Ahli Sunah Waljamaah… Ahli Sunah Waljamaah bukanlah satu organisasi atau pergerakan yang terancang dalam dunia pemikiran akidah Islam... Maka terserlah Ahli Sunah Waljamaah ketika munculnya pelbagai fahaman,golongan serta tersebarnya bidaah dan penyelewengan terutama sekali yang berkaitan akidah. Pada saat inilah golongan Ahli Sunah Waljamaah menampakkan identitinya berbanding dengan golongan lain. Mereka ini sebenarnya merupakan proses lanjutan daripada apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan dihayati oleh para sahabatnya.” Oleh itu, pedoman untuk mengajak umat Islam kepada Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini telah disandarkan kepada hadis firaq yang masyhur, walaupun telah didhaifkn oleh sebilangan dan ditolak pula oleh sebahagian pihak yang lain seperti Imam Ibn Hazm al-Zahiri dalam al - Fisal Fi al - Milal wa al - Ahwa ’ wa al - Nihal , Dr. Abd al-Rahman Badwi dalam Madhahib al - Islamiyyin dan Syeikh Hasan al-Saqqaf dalam Sharh Aqidah al - Tahawiyyah . Ketika mana Rasulullah SAW telah ditanya berkenaan al - Firqah al - Najiyah (kumpulan yang terselamat), jawab baginda dengan ma ana alayhi wa ashabi (riwayat al-Tirmidhi), al - Sawad al - A'zam (riwayat Ibn Majah) dan al - Jamaah (riwayat Ibn Majah). Malah Allah SWT pernah berfirman maksudnya: Berdasarkan petunjuk yang Baginda SAW telah berikan tadi, para ulama telah menghuraikan lebih lanjut perkara ini dalam beberapa wajah yang berbeza. Ada antara ulama yang mengkhususkan perbincangan berkenaan perkara ini dari sudut akidah sahaja. Ada pula yang mengkhususkan perbincangan dari sudut syariah pula. Malah, ada juga mengkhususkan perbincangan dari sudut tasawwuf sahaja. Asas panduannya adalah berdasarkan kepada pedoman awal yang telah diberikan oleh Baginda SAW iaitu ma ana alayhi wa ashabi (riwayat al-Tirmidhi), al - Sawad al - A'zam. (riwayat Ibn Majah) dan al - Jamaah (riwayat Ibn Majah). Pada kurun ke 4 atau 5 Hijrah, Imam Abd al-Qahir al-Baghdadi dalam al - Farqu Bayna al - Firaq telah mendatangkan pemetaan epistemologi bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, di mana Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah boleh diteliti melalui 8 kumpulan seperti berikut: ahli ilmu akidah, ahli ilmu fiqh, ahli ilmu hadis, ahli ilmu nahu, ahli ilmu al-Quran, ahli ilmu tasawwuf, ahli jihad yang benar dan ahli masyarakat dalam negara yang mengamalkan syiar Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah.. Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. (Surah Al- An c am 6: Ayat 153)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=