MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
20 berselisih pandangan ketika sedang memandu pulang daripada kepenatan bekerja dan dalam keadaan jalan raya yang sesak, berjerebu serta panas terik. Jangan juga berselisih pandangan berkenaan kalkulus dengan seorang anak kecil daripada hulu pedalaman yang masih enam tahun dan baru saja pandai 1 + 1 = 2. Perbezaan pandangan perlukan adab, perlukan adab al - ikhtilaf atau ethics of disagreement . Dalam ilmu religionswissenschaft, kita diajar berkenaan the golden rule apabila hendak bermuamalah dengan anak cucu Adam AS yang lain. Kemunculan gagasan Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah ini sebenarnya terbit secara etiologi daripada perbezaan pandangan dalam sejarah Islam. Perselisihan demi perselisihan yang berlaku dalam kalangan umat awal Islam di Tanah Haram dan sekitarnya, telah berlarutan daripada pemikiran politik sehinggalah ke isu-isu fiqh dan seterusnya ke perkara berkaitan akidah. perbezaan pandangan ini Akhirnya, timbullah pelbagai segmen dalam masyarakat awam tentang isu ini iaitu: pertama, golongan yang mengambil peduli, tetapi terlalu emosi. Kedua golongan yang mengambil peduli, dan bercakap secara objektif, sederhana dan insaf. Ketiga, golongan yang tidak lagi mahu mengambil peduli kerana bencikan perselisihan yang menyerabutkan kepala atau sibuk dengan dunianya sendiri. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya, perbezaan pandangan itu baik sekiranya diletakkan pada tempatnya yang betul dan sesuai. Malah, dalam falsafah, kita diajar berkenaan estetika iaitu penghargaan kepada keindahan, kesenian dan nilai utama sesuatu itu, dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka, janganlah D alam banyak-banyak pengalaman mengajar ilmu Akidah, pengalaman ditanyakan apakah itu ahl al- Sunnah wa al-Jamaah adalah antara yang menarik. Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah itu kadang- kadang ditulis dalam pelbagai bentuk dalam tulisan-tulisan yang lain seperti: ahli sunnah wal jamaah, ahlus sunnah wal jamaah, ahlis sunnah wal jamaah, aswaja, ASWJ dan banyak lagi. Malah, yang lebih menarik lagi, maksud yang dibawa oleh terminologi ini adakalanya bercanggahan antara satu pelapor dengan pelapor yang lain. Ada yang menolak pengikut Ashairah dan Maturidiyyah dimasukkan sebagai kumpulan Ahl al-sunnah wa Al-jamaah. Ada segolongan yang lain pula, tidak mahu memasukkan pengikut aliran salafiyyah ke dalam kumpulan ini. Lebih musykil lagi, apabila ada yang hendak memasukkan syiah sebagai Ahl al -sunnah wa al-jamaah. Pendek kata, masing-masing dengan tanggapan yang berbeza-beza. Malah, perbezaan tanggapan ini menjadi lebih parah apabila orang awam yang sangat emosi dan taksub dengan pandangan ustaz- ustaz tertentu turut terlibat dalam Oleh: Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah pengajian akidah dan agama Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang- orang yang sabar. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 46) Mengapa Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah?
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=