MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
2 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Yang Maha Bijaksana yang merezekikan kami masa dan tenaga dalam memperjuangkan agama yang suci ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , rasul akhir zaman yang membawa rahmat sekalian alam, tidak dilupakan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak dan langkahnya sehingga hari akhirat. Tugas menyampaikan risalah Tauhid telah pun dibawa me- lalui para Nabi dan Rasul dan diakhiri oleh Nabi Muham- mad s.a.w. Kemudian ia diteruskan oleh para sahabat Nabi dan seterusnya tabi’in dan tabi’ tabi’in dan sehingga ke za- man ini tugas itu digalas oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Siri kali ini yang bertemakan ‘Ilmu’ sudah pasti menghidangkan bahan bacaan yang lebih menarik yang akan memberi manfaat dan ilmu bagi yang membacanya. Majalah ini yang diusahakan oleh para pensyarah Pengajian Akidah dan Agama dan barisan ahli jawatankuasa khusus daripada kalangan pelajar. Dengan tagline “Ilmu Wasilah Untuk Mengenal Allah” ia pasti menarik perhatian penuntut ilmu untuk mendapatkannya. Majalah ini dibahagikan bahan bacaannya kepada Cerpen, Artikel ilmiah dan separa ilmiah, karya kreatif daripada mahasiswa dan sebagainya bersandar- kan penulisan yang tidak berat dan santai. Akhir kata, terima kasih kepada para pensyarah terutamanya Dr Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar (Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama) dan Ustaz Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali (Penasihat) yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan buat kami bagi menyiapkan majalah yang tidak seberapa ini, tidak lupa juga kepada para ahli redaksi dan mahasiswa/wi Program Pengajian Akidah dan Agama yang bertungkus lumus serta menyumbang tenaga dan idea dalam menyiapkannya. Moga Allah menilai usaha ini dan dicatat pahala disisiNya. Ketua Editor, Majalah Al-Hikmah (Isu No.2). Mohamad Hakimi Bin Mohamed Salleh
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=