MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

16 2. Pendapat masih boleh diragukan dan dipertikaikan. 3. Dua orang yang sama ilmunya mungkin berbeza pendapatnya tentang objek yang sama. Adler menganggap ilmu sekiranya perkara yang kita fikirkan memaksa kita berfikir tentangnya mengikut cara tertentu. Perkara yang tidak boleh difikirkan bukan- lah ilmu. Ilmu dalam pandangan barat ialah pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman, perolehan maklumat secara empirikal dan pemikiran tentang sesuatu melalui kaedah tertentu, yang membolehkan manusia meneroka dan mengekploitasi alam. Hubungan antara sistem nilai dengan keilmuan masih kabur . ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM Mengikut Franz Rosenthal, umat Islam ialah umat ilmu. Ilmu dalam Islam dibahagikan kepada 12 kategori : 1. Ilmu ialah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. 2. Ilmu ialah kognisi. 3. Ilmu ialah proses memperoleh atau mencari menerusi persepsi mental. 4. Ilmu ialah proses membuat penjelasan, penegasan atau penglibatan. 5. Ilmu ialah rupa bentuk sesuatu, makna sesuatu, konsepsi atau tasawuf. 6. Ilmu ialah kepercayaan dan pengesahan kebenaran. 7. Ilmu ialah ingatan, imaginasi, citra atau bayangan, pandangan atau pendapat. 8. Ilmu sebagai gerak-geri. ILMU MENGIKUT PANDANGAN BARAT I lmu disebut sebagai knowledge. Knowledge bermaksud tahu: proses mengenal yang diperoleh melalui pengala- man (orang, benda, fakta). Ilmu dirujuk sebagai pengetahuan se- mata-mata, yang diperoleh melalui pengalaman diri, iaitu bagaimana ia tahu tentang sesuatu fenome- nona atau benda di alam ini atau fakta tertentu yang tiba padanya. Ilmu juga ditakrifkan sebagai dapatan secara empirikal atau pen- galaman dan eksperimen untuk menguasai alam. Descartes men- takrifkan ilmu sebagai apa-apa sahaja yang dapat ditanggap oleh manusia melalui pemikirannya. Ilmu merupakan sesuatu yang di- peroleh melalui persepsi manusia terhadap persekitarannya. Jati diri dikenali dengan engkau, apa yang kau fikirkan.Kant mengatakan bahawa ilmu bukan sekadar sekumpulan perasaan manusia, tetapi lebih kepada suatu konsep peralatan yang membolehkan manusia memahami sesuatu, yang tidak diperoleh melalui pengalaman. Baginya, etika mestilah patuh pada pemikiran rasional. Mortimer Adler telah membezakan antara ilmu dengan pendapat. Pendapat ialah pandangan yang tidak perlu dikongsi bersama dengan orang lain. Pendapat ialah hujah seseorang yang boleh dipertikai oleh orang lain. Pendapat mempunyai tiga tahap: 1. Kenyataan yang terdedah pada ketidakpastian mengikut tangga- pan seseorang tentang sesuatu, bukannya suatu kemestian. 9. Ilmu sebagai hubungan. 10. Ilmu berhubungan dengan amal dan perbuatan. 11. Ilmu berlawanan dengan ke- jahilan. 12. Ilmu hasil intuisi atau hasil renungan akal. Pengertian ilmu mencakupi pel- bagai aspek tanggapan, pemikiran dan kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini dapat diperjelas melalui pendekatan falsafah, empirik atau konseptual. Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu secara epistemologi, iaitu sebagai ketibaan dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu perkara atau ketibaan oleh kalbu tentang makna sesuatu. Ilmu ialah ketibaan maklumat yang benar dan bermakna ke dalam diri insan. Un- tuk memastikan bahawa ketibaan itu terjadi, usaha tertentu perlu dil- akukan. Antaranya pembacaan, interaksi dengan alam, pemerhatian, peningkatan pengalaman diri, perguruan, perbincangan, persidangan yang dilakukan dengan adab dan akhlak yang terpuji. Ilmu merupakan keti- baan maklumat. Maklumat ialah sebarang perkara yang diketahui tentang sesuatu objek. Maklumat itu boleh berupa sifat, kelakuan, data atau apa-apa sahaja yang boleh menerangkan objek yang dicerap itu. Lebih banyak yang diketahui tentang sesuatu, lebih banyaklah maklumat yang diperoleh. Untuk memastikan bahawa maklumat itu bersifat ilmu, maka maklumat itu mestilah benar. Benar bermaksud maklumat itu mestilah bersifat hakiki, iaitu tidak ada unsur keraguan sama sekali.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=