MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
14 3. Akal Beza antara manusia dengan haiwan adalah akal yang mana Allah berikan hanya kepada manusia untuk berfikir secara kreatif. Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia, dengan akal juga manusia dapat membezakan antara baik dan buruk. Firman Allah dalam kitab yang paling suci dan dalil-dalil hadis banyak mencerita kepentingan mencari ilmu supaya manusia sentiasa berfikir ke arah kebaikan dan tidak terpesong dari akidah Islam. Sabda Rasulullah “Selagi mana kamu berpegang pa- da Al-Quran dan hadis, maka kamu tidak akan sesat”. 4. Intuisi atau Ilham Dalam Islam ilham ini boleh dikenali sebagai “firasat” yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya, kita mempunyai masalah, secara tiba-tiba ada jalan penyelesaian kepada masalah kita setelah kita berusaha mencari jalan penyelesaian. Kesimpulannya Pujangga Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya, tidak berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak yang belum saya ketahui.” Abdulullah bin Mubarak pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim selama mana dia menuntut ilmu.”Akhir kata, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim. Ini ditegas dalam al-Quran dan hadis. Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardu Ain dan ilmu Fardu Kifayah. Walau bagaimana- pun, ilmu yang perlu didalami sebelum yang lain adalah ilmu Fardu Ain. Ilmu ini termasuklah tentang solat, berpuasa dan ia juga merangkumi asas ilmu tauhid dan sifat mahmudah dan mazmumah. Selain itu, dalam Islam menga- lakkan umatnya agar menuntut ilmu Fardu Kifayah iaitu ilmu duniawi seperti membaca, menulis serta mengira supaya tidak keting- galan jauh ke belakang. Di samping itu, dengan menuntut ilmu kita boleh menjadi insan yang berguna dan mampu mem- bina kemajuan untuk masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dilakukan oleh cendekiawan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan lain- lain. Kata Imam Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan serta ilmu Allah yang tiada batas.” Bukan seperti makhluk (haadis) ilmu makhluk terbatas. Ilmu Sentiasa berkembang; Ilmu adalah sentiasa berada dalam proses pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan. Sumber - sumber Ilmu Pengetahuan Secara umumnya ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham: 1. Wahyu Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah swt kepada seorang hambaNya yang dipilih di kalangan hambaNya dengan secara sulit dan rahsia. Tidak dapat dinafikan bahawa wahyu adalah sumber pengetahuan yang penting yang telah disampaikan Allah kepada manusia sama ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad saw atau para nabi terdahulu. Wahyu juga teras kepa- da segala ilmu kerana di dalam al Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat di- perlukan oleh manusia. 2. Pancaindera Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa juga merupakan ilmu pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi sesama manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kesemua pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=