MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
13 Pendeknya, sifat dahaga kepada ilmu disertai dengan sifat syak (ragu) terhadap segala sesuatu yang tidak dapat meyakinkannya itulah sifat Al-Ghazali semenjak kecil, sampai suatu masa dimana dahaga dan ragu itu mencapai puncaknya, iaitu lebih sepuluh tahun sebelum beliau meninggal, ketika beliau sedang mencapai puncak kemasyhurannya sebagai murobbi dan professor di madrasah Nizamiyah di Baghdad. Krisis yang menarik beliau ke arah pangkat dan harta di suatu segi dan ilmu dan akhirat di segi yang lainnya. Akhirnya beliau memilih yang terakhir enam bulan berada dalam uzlah (bersendirian) dan kerisauan akhirat. Ditilik dari segi jalannya peristiwa, dapat kita katakan bahwa persoalan sebenarnya yang membimbangkan Al-Ghazali adalah masalah hakikat. Kebimbangan itu lebih diperbesar lagi oleh perselisihan faham ahli-ahli ilmu di zamannya yang masing-masing mendakwa dialah yang benar. Seperti katanya sendiri bahawa perselisihan manusia di dalam agama, kemudian perselisihan umat dalam berbagai mazhab laksana suatu lautan yang dalam, dimana sebahagian besar manusia tenggelam sedang sedikit sekali yang akan selamat, sedang masing -masing golongan menyangka dia sajalah yang selamat. Persoalan yang dibahas oleh Al-Ghazali adalah persoalan dasar yang bersangkut paut tentang kewujudan manusia. Apakah dia hakikat itu? Dimana letaknya? Adakah ia kekal dan azali? Ataukah baru dan fana? Kalau hakikat itu ada bagaimana cara kita mengetahuinya? Jadi pembahasan tentang ilmu menurut pandangan Al-Ghazali tidak dapat dipisahkan dari pandangan Al-Ghazali tentang hakikat. Sebab ilmu menurut Al- Ghazali adalah jalan menuju hakikat itu. Dengan kata lain, agar seseorang sampai kepada hakikat itu haruslah ia tahu atau berilmu tentang hakikat itu. Ilmu dalam bahasa arab, berasal dari kata kerja '‘alima' yang bermakna menge- tahui. Jadi ilmu itu adalah masdar atau kata benda abstrak dan kalau dilanjutkan lagi menjadi '‘alim', iaitu orang yang tahu atau subjek, sedang yang menjadi objek ilmu disebut 'ma’lum', atau yang diketahui. Dalam proses perkem- bangan ilmu, ilmu dipakai dalam dua hal : iaitu sebagai masdar atau proses pencapaian ilmu dan se- bagai Objek ilmu (ma’lum). Al- Ghazali menggunakan kedua mak- na ilmu itu dalam tulisan- tulisannya.Tentang ilmu sebagai proses Al-Ghazali menceritakan tentang ilmu-ilmu deria (hissiyah), ilmu-ilmu akal (aqliyah) dan ilmu ladunni(ilham terus dari Allah). Dengan kata lain ada ilmu-ilmu melalui pancaindera, dan melalui akal, ada yang tidak melalui pancaindera dan akal, tetapi langsung terus ke hati, itulah ladunni atau langsung dari Allah. Tentang ilmu sebagai objek pula dapat kita lihat pada kritikan Al-Ghazali terhadap golongan ilmu kalam, golongan batiniyah dan terutama terhadap golongan ahli falsafah.Kedua bentuk ilmu, sebagai proses dan sebagai objek ini digambarkan Al-ghazali dengan kata-kata: “Ilmu yang ini (hakikat) adalah ilmu dimana yang menjadi objek pengetahuan itu terbuka atau tersingkap sehingga tidak ada sedikitpun keraguan ter- hadapnya, dan juga tidak akan mungkin salah atau sesat”. Jadi, ilmu yang benar itu tidak saja menjauhkan dari keraguan tetapi juga menghindari segala kemung- kinan untuk salah dan sesat. Ciri - ciri ilmu : Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman, dan juga perasaan. Tetapi pada masa yang sama, ilmu adalah berbeza dengan perkara-perkara ini dan ciri-cirinya adalah seperti berikut: Ilmu boleh dipertuturkan; Ciri ini membezakan ilmu dengan perasaan dan pengalaman. Contohnya,sesetengah "pengalaman diri" seperti mimpi adalah sukar dipertuturkan melalui bahasa. Tetapi bagi ilmu, ia harus- lah sesuatu yang dapat dipertuturkan melalui bahasa. Ilmu mempunyai nilai kebenaran; Sesuatu yang digelar sebagai ilmu biasanya dianggap benar. Ciri ini membezakan pengucapan ilmu dengan pengucapan sastera yang biasanya mengandungi unsur-unsur tahayul. Ilmu adalah objektif; Ciri ini bermaksud bahawa ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat diubah menurut keinginan ataupun kesukaan seseorang individu. Ilmu diperolehi melalui kajian; Ilmu adalah hasil da- ripada kajian. Ia bukanlah sesuatu rekaan. Ilmu mengenai cara mem- peroleh ilmu itu dikenali sebagai perkaedahan penyelidikan ilmiah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=