MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
12 Istilah : member i er ti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulNya dan alam ciptaanNya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin. Pengertian ilmu: Bahasa: merupakan perkataan arab iaitu ‘ alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya. Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Perbezaan pengertian Ilmu antara Islam dan Barat Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara - perkara yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain diluar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara auti matrik ajaran agama terkeluar daripada takrif atau ruang ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata - mata. Islam menggabungkan agama dan ilmu. Tiada penentangan antara agama dan ilmu dalam Islam malah agama itu sendiri dianggap sebagai ilmu dan ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antaranya Al-quran, Syariah, Sunnah, Iman dan lain-lain. Ilmu merupakan teras dalam sistem pendidikan Islam. Penekanan ter- hadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran dan Sun- nah. Selain itu, mendapat pengiktirafan Allah se- bagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia wahyu terawal yang telah diturnkan kepada nabi Muhammad saw. Konsep Hakikat Ilmu Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali Bismillah Peribadi Al-Ghazali, seperti diceritakan sendiri dalam kitab beliau, 'Al-Munqiz Min addhalal' menggambarkan kedahagaan untuk mencari kebenaran yang tidak pernah puas. Sifat itu diakuinya, bermula semenjak masa kanak-kanak, sudah menjadi fitrah yang tidak dapat dielakkan. Kedahagaan yang tak pernah puas ini memba- wa munculnya suatu dimensi baru pada tingkah laku Al-Ghazali semenjak beliau berumur kira-kira 20 tahun, iaitu keraguan (syak)terhadap kepercayaan yang diwarisinya dari nenek moyang. Tidak jemu-jemunya beliau mengharungi gelombang pertarungan kepercayaan dan pemikiran di zamannya sehingga tidak satu pun bidang kepercayaan dan ilmu yang tidak didalaminya untuk mencari kebenaran itu. Beliau mengkaji tentang ilmu kebatinan untuk melihat yang tersembunyi disebaliknya, mengkaji segala aliran falsafah yang ada di zamannya, menyelami segala mazhab ilmu kalam (aqidah) yang dapat dijangkaunya, begitu juga dengan segala aliran tasawwuf yang pernah didengarnya, aliran- aliran yang tidak percaya kepada Tuhan, disebut zindiq, tidak bebas dari penyelidikannya. Bahkan dalam ilmu fiqh As-syafi'ie juga beliau berjasa besar kepada umat Islam dengan karya beliau Al-Khulasah, Al- Basit, Al-Wasit dan Al-Wajiz dan begitu juga dalam usul fiqh seperti kitab Al-Mustasfa dan ilmu kalam(aqidah) seperti kitab Al-Iqtisad fil I'tiqad dan lain-lain.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=