Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
MA JA L AH A L - H I KMAH 44 Pada 5 Jun 2026, Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) telah menganjurkan program Debat Speak Up yang berlangsung di Bilik AGENT dari 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta tentang asas kemahiran debat, pembinaan hujah yang berkesan, serta teknik komunikasi yang dapat meningkatkan keyakinan ketika bertutur dalam bahasa Inggeris. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan kepada kaedah menyusun idea secara teratur, membina hujah yang kukuh, dan menyampaikan pendapat dengan lebih jelas serta meyakinkan. Selain mempelajari teknik asas debat, para peserta turut diberi peluang untuk berinteraksi serta melatih kemahiran komunikasi dalam suasana yang santai dan kondusif. P R O G R A M L A T I H A N D E B A T S P E A K U P P R O G R A M L A T I H A N D E B A T S P E A K U P P R O G R A L A T I H A N D E B A T S P E A K U P Program ini telah memberikan manfaat yang besar kepada para peserta, khususnya dalam meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di hadapan khalayak serta mengasah kemahiran berfikir secara kritis. Melalui tema "Think Smart, Speak Loud", program ini berjaya menyemai kesedaran bahawa kemahiran berhujah dan berkomunikasi merupakan aset penting dalam kehidupan akademik, kepimpinan, serta kerjaya pada masa hadapan. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih meluas. Usaha ini juga mampu menjadi platform yang baik untuk para pelajar keluar daripada zon selesa, membina keyakinan diri, serta mengembangkan potensi sebagai individu yang petah berkomunikasi dan berani mengetengahkan atau melontarkan idea.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=