Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
MA JA L AH A L - H I KMAH 36 AQUA TRA I L EXPED I T ION Program Kanching Waterfall: Healing With Akidah ini telah berjaya dilaksanakan pada 18 Mei 2026 di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang, Selangor dengan penglibatan 40 orang mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) ini bertujuan untuk mengukuhkan penghayatan tauhid melalui tadabur alam serta mengeratkan silaturahim sesama peserta menerusi aktiviti riadah di luar kampus. Sepanjang program berlangsung, peserta melibatkan diri dalam pelbagai pengisian bermakna seperti aktiviti mendaki, sesi " Heart to Heart ", serta perkongsian ilmu yang menekankan aspek kesihatan mental dan ketenangan jiwa berasaskan kepercayaan kepada Allah. Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektifnya dalam membentuk peribadi mahasiswa yang seimbang antara kecergasan fizikal dan kekuatan rohani.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=