Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 2025/2026 Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pemahaman seperti para Nabi, ingatan seperti para Rasul, dan ilham seperti para Malaikat yang dekat dengan-Mu. Ya Allah, jadikan lisanku sentiasa menyebut-Mu, hatiku penuh dengan cinta kepada-Mu, dan akalku disinari dengan cahaya ilmu-Mu. Ya Allah, bukakanlah ke atasku pembukaan orang-orang yang arif, fahamkanlah aku dalam urusan agama, ajarkanlah apa yang bermanfaat bagiku, dan berilah manfaat dengan ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, serta tambahkanlah kepadaku ilmu, kefahaman dan hikmah. Tetapkanlah aku ketika ditanya, ilhamkanlah aku dengan jawapan yang benar dan petunjuk yang tepat, dan kurniakanlah kejayaan dan taufik dalam peperiksaan ini. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan doa. Amin Ya Mujib DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN MA JA L AH A L - H I KMAH 73

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=