Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
MA JA L AH A L - H I KMAH 71 Program “Usuluddin Starter Pack: Ready or Not?” telah berjaya dilaksanakan pada 18 Disember 2025 bertempat di Dewan Kuliah Sederhana (DKS 1.3). Program ini telah dianjurkan oleh Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai asas pengajian Usuluddin serta kepentingannya dalam membentuk kefahaman akidah yang kukuh. Selain itu, program ini juga bertujuan membantu peserta membuat persediaan awal dari sudut mental, akademik, dan hala tuju pengajian dalambidang Usuluddin. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Maklum balas yang diterima daripada para peserta adalah amat positif, khususnya dari segi peningkatan kefahaman terhadap bidang Usuluddin dan keyakinan untuk meneruskan pengajian dalam bidang tersebut. Diharapkan penganjuran program seumpama ini oleh Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam melahirkan pelajar yang berilmu, berakidah mantap, dan bersedia menghadapi cabaran semasa. U S U L U D D I N S T A R T E R P A C K : R E A D Y O R N O T ? A G E N T L A P O R A N L A R A Program ini menampilkan Abdul Basit bin Mat Daik sebagai panel jemputan yang telah menyampaikan perkongsian yang padat dan bermanfaat berkaitan realiti pengajian Usuluddin, cabaran semasa akidah, serta peranan graduan Usuluddin dalam masyarakat dan medan dakwah global. Sesi diskusi telah dikendalikan oleh Abdul Hanan bin Makhtar selaku moderator yang berjaya mengemudi perbincangan secara tersusun, santai, dan berfokus, sekali gus menggalakkan interaksi dua hala melalui sesi soal jawab bersama para peserta.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=