Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

dakwah yang menekankan teknik menyampaikan hujah secara berhemah serta kaedah mengurus persepsi dalam situasi dakwah yangmencabar. Secara keseluruhannya, bengkel ini memberikan impak positif kepada semua peserta. Mereka melaporkan peningkatan jelas dalam pemahaman terhadap cabaran dakwah semasa serta kesedaran tentang keperluan menggunakan pendekatan dakwah yang lebih harmoni, berhemah dan sesuai dengan konteks masyarakat berbilang kaum. Selain itu, program ini turut mengukuhkan jaringan kerjasama antara peserta dan Hidayah Centre Foundation Nilai melalui peluang perbincangan mengenai aktiviti susulan yang boleh dilaksanakan bersama padamasa hadapan. Berdasarkan pelaksanaan bengkel ini, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti termasuk keperluan mengadakan siri bengkel lanjutan secara berkala bagi mengukuhkan kemahiran sedia ada serta menambah elemen latihan berkaitan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah utama pada masa kini. Penganjur juga mencadangkan agar program turun lapangan turut dimasukkan dalam penganjuran akan datang bagi memberi peserta pengalaman praktikal yang lebih menyeluruh. Secara ringkasnya, Bengkel Pembangunan Du‘at Muda ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya menyediakan platform pembinaan ilmu, kemahiran dan keyakinan kepada peserta. Dengan sokongan berterusan daripada Hidayah Centre Foundation dan institusi berkaitan, program seperti ini diyakini mampu melahirkan lebih ramai da’i muda yang bersedia menggalas amanah dakwah secara berkesan dan penuh hikmah dalammasyarakat majmuk masa kini. Pada 30 Oktober 2025, telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin bersempena pembukaan tampuk kepimpinan baharu AGENT. Majlis yang diadakan dalam suasana penuh ketenangan ini menjadi wadah untuk seluruh warga AGENT bermunajat dan memohon keberkatan daripada Allah SWT agar segala urusan kepimpinan yang bakal dijalankan sentiasa berada dalam lindungan dan bimbingan-Nya. Semoga dengan doa yang dipanjatkan dan kalam suci yang dilafazkan, barisan kepimpinan baharu terus diberi kekuatan, keikhlasan, serta kebijaksanaan dalam memikul amanah yang besar ini. Moga langkah yang diatur selepas ini sentiasa disulami rahmat dan menjadi permulaan kepada perjalanan yang dirahmati Ilahi. S O L A T H A J A T & B A C A A N Y A A S I N A G E N T T L A P O R A N A N MA JA L AH A L - H I KMAH 70

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=