Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
MA JA L AH A L - H I KMAH 68 L A P O R A N P E R W A D A H A q u a t r a i l E x p e d i t i o n ProgramHiking ini telah berjaya dilaksanakan pada 21 Disember 2025 di Taman Eko Rimba Kanching Waterfall Rawang. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH). Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar. Sepanjang aktiviti hiking, para peserta menunjukkan semangat kerjasama, disiplin dan saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai keindahan alam semula jadi serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Secara keseluruhannya, program Hiking ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Program Perwadah Sport Tournament telah berlangsung pada 27 Disember 2025 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan serta memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat. Sepanjang pelaksanaan program, para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur juga memastikan aspek keselamatan dan kebajikan peserta sentiasa terjaga agar program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Secara keseluruhannya, Perwadah Sport Tournament telah mencapai objektif penganjur dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform yang berkesan dalammelahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi dan sosial. P e r w a d a h s p o r t t o u r n a m e n t 2 0 2 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=