Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

MA JA L AH A L - H I KMAH 67 L A P O R A N P E R W A D A H I N T E L E C T U A L D I S C O U R S E “ C O N V E N A N T S W I T H A L L A H : K E Y S T O N E O F I S L A M ” Program Akidah Intellectual Discourse (AID) telah berjaya dilaksanakan pada 1 Disember 2025 bertempat di DKF 1.2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) sebagai salah satu program bulanan yang bertujuan memperkasa kefahaman akidah dalam kalanganmahasiswa. Sesi utama program menampilkan Prof. Dr. Halim Rane sebagai panel jemputan dengan topik “Covenants with Allah: Keystone of Islam”, manakala sesi dimoderatorkan oleh Prof. Dr. Imtiyaz Yusuf. Perbincangan yang dijalankan menekankan konsep perjanjian antara manusia dan Allah SWT sebagai asas utama akidah Islam, serta kepentingannya dalam membentuk kefahaman, etika dan amalan seorang Muslim dalam konteks kehidupan moden. Program diteruskan dengan sesi soal jawab yang interaktif, membolehkan para peserta mengemukakan persoalan dan pandangan berkaitan topik yang dibincangkan. Program diakhiri dengan sesi fotografi, jamuan dan bersurai.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=