Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

L A P O R A N L P E R W A D A H A D A H B O N D I N G D A Y P E R W A D A H Program Bonding Day Perwadah telah berjaya diadakan selama dua hari satu malam iaitu pada 21 dan 22 November 2025 di Sekinchan, Selangor. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan ukhuwah dan hubungan silaturahim antara Exco PERWADAHUSIM sesi 2025/2026. Program diteruskan dengan aktiviti riadah iaitu permainan baling belon air dan nyawa- nyawa ikan, yang bertujuan meningkatkan kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Pada hari berikutnya, semua peserta bersiap sedia untuk check-out dari homestay. Sebelum pulang ke Nilai, kami berhenti untuk makan tengah hari, diikuti lawatan santai ke Padi Gallery bagi menikmati pemandangan kawasan sawah padi serta merakam kenangan bersama. Selesai lawatan, kami meneruskan perjalanan pulang ke Nilai dengan selamat. Program ini juga dapat membina kerjasama berpasukan melalui aktiviti riadah, permainan berkumpulan dan tugasan bersama. Ia turut mewujudkan suasana kerja yang harmoni serta meningkatkan kefahaman antara ahli dalam organisasi. Program ini secara tidak langsung dapat memberi ruang rehat dan penyegaran mental kepada ahli sebelum memulakan tugasan organisasi yang lebihmencabar. Sebelum ke destinasi penginapan, peserta membuat lawatan ke Muzium Bukit Melawati sebagai aktiviti pembukaan dan sesi pengenalan kawasan sejarah. Setelah tiba di tempat penginapan, peserta diberi masa berehat dan solat sebelumaktiviti bermula. MA JA L AH A L - H I KMAH 66

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=