Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

L A P O R A N P E R W A D A H Program ini telah mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Mesyuarat Agung Tahunan PERWADAH X AGENT 2025 berjaya memperkukuh kerjasama antara kedua-dua persatuan, melantik kepimpinan baharu sesi 2025/2026, dan memberi penghargaan kepada pimpinan terdahulu. Program ini menyuntik semangat baharu dalam kalangan ahli untuk terus memperkasakan visi danmisi persatuan. A n n u a l G e n e r a l M e e t i n g ( A G M ) Pada 29 Oktober 2025, Annual General Meeting (AGM) 2025 yang menggabungkan Persatuan Mahasiswa Akidah dan Agama (PERWADAH) bersama Akidah Global Outreach Center (AGENT) telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu malam di Dewan Kuliah Fakulti (DKF) 1.1, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis tersebut dihadiri oleh para pelajar dan pensyarah dari program Akidah dan Agama serta wakil-wakil pimpinan persatuan. Sesi pemberian sijil penghargaan kepada pimpinan Batch AGENT dan PERWADAH daripada Tahun 1 sehingga tahun 4 serta pelantikan Majlis Tertinggi dan Exco-Exco AGENT dan PERWADAH bagi sesi 2025/2026 turut diadakan, di mana penghargaan ini menjadi simbolik kepada usaha dan komitmen mereka dalam memperjuangkan visi danmisi. MA JA L AH A L - H I KMAH 65

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=