Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
di Korea. Seterusnya, kami menerima taklimat mengenai pengurusan halal di Korea yang disampaikan oleh Haji Ahmad Choo, Pengerusi Korean Muslim Federation (Bahagian Halal). Setelah itu, kami menjamu selera di Eid Halal Korean Restaurant dan meneruskan langkah ke Salam Seoul Festival di Gwanghwamun Square. Di sana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti persilangan budaya: memberikan makanan ringan tradisional Malaysia beserta dengan penerangan tentang makanan tersebut kepada orang awam Korea. Dari situ, pelbagai reaksi telah kami terima, ada yang begitu teruja apabila mengetahui kami orang Malaysia, ada yang bercerita tentang negara mereka, dan ada yang segan-segan untuk berinteraksi dengan kami. 10September 2025 Pagi itu, kami berkumpul di perkarangan rumah kediaman, kemudian memulakan perjalanan sekali lagi ke Itaewon untuk ke Islamic Education and Cultural Centre of Korea (Madrasah Seoul). Di sana, kami berjumpa dengan Ustaz Imtiyaz, yang berasal dari Malaysia dan telah menetap di Korea selama dua tahun. Kami memperolehi maklumat dan pengetahuan tentang operasi dan peranan Madrasah Seoul dalam suasana Islam di sekitar Itaewon, serta memahami lebih mendalam kehidupan masyarakat Korea dan perbezaan budaya antara Korea dan Malaysia. Ustaz Imtiyaz turut memberi pencerahan mengenai penerimaan masyarakat Korea terhadap Islam. Selepas makan tengah hari dan solat, beliau membawa kami berjalan-jalan di sekitar Itaewon untuk melihat suasana dan budaya Korea dengan lebih mendalam — bak kata pepatah: “jauh perjalanan, luas pemandangan”. negara kita—antaranya adalah pembinaan KLCC, Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan dan banyak lagi. Selepas tamat aktiviti di SNU, kami menuju ke Hongdae bagi menyambung aktiviti memperkenalkan Malaysia kepada orang awam. 11 September 2025 Program pagi diteruskan dengan perjalanan ke Gwanak ‑ gu sebelum menuju ke Seoul National University (SNU). Di sana, kami berjumpa beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar SNU yang menyambut kami di salah satu fakulti. Kami tidak melepaskan peluang untuk bertukar budaya dan pengetahuan bersamamereka di mana mereka menceritakan sejarah dan budaya yang diamalkan di SNU. Sebagai salah satu cara mempromosikan Malaysia, kami menghadiahkan keychain berkaitan Malaysia kepada mahasiswa SNU dan berkongsi faktamenarik tentang 12September 2025 Hari tersebut merupakan hari yang istimewa buat kami kerana kami dijadualkan bertemu dengan kedutaan Malaysia yang berkhidmat di Korea. Para mahasiswa juga mengenakan pakaian lengkap adat Melayu: berbaju Melayu lengkap beserta tanjak/songkok bagi lelaki, dan berbaju kurung sopan bagi wanita. Sepanjang perjalanan, ramai orang awam Korea menyapa kami dan bertanya tentang pakaian adat kami yang agak unik di mata mereka. Kami berkesempatan memperkenalkan adat resam Melayu dan tudung sebagai kewajipan agama Islam di bumi Korea. Setibanya di Embassy of Malaysia, Seoul di Dokseodang-ro, Yongsan District, kami disambut bersama pengawal keselamatan dan dibawa ke dalam bangunan kedutaan. Di sini, pihak kedutaan berkongsi ilmu tentang bagaimana terjalin hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea serta bagaimana tugasmerekamenjaga MA JA L AH A L - H I KMAH 63
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=