Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
GISO 2025: KAJA TO SEOUL: ISLAM INSIGHTS & LEARNING KOREAN MUNHWA Mohamad Haziq Danial bin Mohd Yusof Mahasiswa Tahun 4 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM haziqdanial850@gmail.com SEOUL, KOREA SELATAN Global Islamic Outreach Centre (GISO) merupakan program ko- kurikulum bertaraf antarabangsa khusus buat para pelajar Universiti Sains IslamMalaysia (USIM). Aktiviti GISO ini dijalankan di luar negara, dengan minima tempoh perjalanan program selama tujuh hari. Program GISO ini memiliki empat komponen utama bertemakan kesukarelawanan: iaitu pemindahan ilmu, libatsama masyarakat, persilangan budaya, dan kelestarian alam sekitar. Oleh itu, aktiviti bertaraf antarabangsa ini dijalankan bertepatan dengan empat elemen, di samping keutamaan untuk mengadakan program kemasyarakatan sambil mengambil angin di negara orang. Pengembaraan GISO kami diberi nama KAJA TO SEOUL: ISLAM INSIGHTS & LEARNING KOREAN MUNHWA dilaksanakan secara rasminya oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, FKP, USIM. Bagi menjadikan program kami lebih menarik, nama GISO telah digabungkan dengan nama tempat tujuan kami iaitu Seoul, menjadi GISEOUL. Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan selaku penganjur membuka peluang kepada mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan untuk menyertai pengembaraan ini. Berikutan itu, penulis (saya), bersama sahabat Muhammad Muizzuddin bin Mohamad Yusof yang juga merupakan Mahasiswa Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama (PERWADAH) telah terpilih menjadi salah seorang peserta dalampengembaraan ini. 8September 2025 Pengembaraan GISO kami menuju bumi semenanjung Korea iaitu Seoul. Kedudukan daerah ini kira- kira 37 batu (60 km) pedalaman dari Laut Kuning. Tempoh penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) ke Incheon International Airport (ICN) mengambil masa selama 8 jam. Program ini dijalankan selama sepuluh hari, di mana lima hari pertama diisi dengan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti Seoul, Korea, sebelum para pelajar diberikan peluang untuk bersiar- siar sekitar Seoul, Korea. Pada 8 September 2025, jam 0630 pagi, para pelajar mula berkumpul di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN) untuk taklimat awal perjalanan sebelum para pelajar menaiki bas yang telah ditetapkan untuk menuju ke lapangan terbang KLIA 2. Tepat jam 1100 pagi, kapal terbang berlepas menuju ke Incheon international Airport (ICN). Jam menunjukkan masa lebih kurang 1620 (masa Korea) ketika kami selamat tiba di Incheon International Airport (ICN). Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, kami mencari T-Money, sebuah kad perkhidmatan seperti Kad Touch 'n Go yang kita gunakan sebagai pas untuk mengakses bas, kereta api dan lain - lain. Kemudian, kami menaiki teksi menuju ke tempat kami menyewa rumah sepanjang berada di Seoul, Korea, iaitu di Goyang-si, Deogyang-gu. 9September 2025 Pada pukul 0730 pagi, para mahasiswa berkumpul di hadapan rumah sewa untuk taklimat dan bacaan doa sebelum memulakan perjalanan ke Seoul Central Mosque di Itaewon. Disebabkan jaraknya yang agak jauh dari rumah sewa, kami memilih untuk menaiki bas ke Digital Media City, kemudian bertukar menaiki kereta api bawah tanah sebelum menuju ke Itaewon (anggaran 2 jam tempoh perjalanan). Setibanya di destinasi, kami disambut ramah oleh pengerusi masjid dan dapat bertukar pengetahuan serta maklumat baharu tentang sejarah ketibaan dan perkembangan Islam MA JA L AH A L - H I KMAH 62
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=