Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
MA JA L AH A L - H I KMAH 61 Untuk memastikan kelestarian, kelangsungan dan kesahan pelbagai maklumat dalam isu fiqh bencana, kumpulan iKENCANA telah mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan berkenaan soal jawab fiqh kepada para petugas dan mangsa kejadian letupan dan kebakaran saluran paip gas di PPS ini. Pelbagai maklum balas berharga yang telah berjaya dikumpulkan daripada penyelidikan ini. Kesemua hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh kumpulan iKENCANA akan dikongsikan kepada masyarakat awam untuk rujukan dan faedah bersama dalam bentuk artikel, buku dan infografik yang akan diterbitkan. Penutup dan Kesimpulan Allah SWT atas muka bumi ini. Segala bencana, kemalangan dan ujian yang berlaku dalam kehidupan wajiblah diuruskan dengan baik dan menurut panduan syarak. Oleh itu, sebagai ikhtiar dan sumbangan ilmiah kepada masyarakat awam, kumpulan iKENCANA ini telah ditubuhkan di USIM untuk meneroka dan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang boleh diberikan dalam persoalan berkaitan bencana. Kesemua orang perseorangan dan agensi yang memerlukan maklumat lanjut mengenai iKENCANA bolehlah berhubung melalui nombor telefon +6013-3543594 (Profesor Dr. Irwan), alamat emel: ikencanausim@gmail.com atau alamat facebook: iKENCANA USIM. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah 5: ayat 2: “...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan...”. Dalam sudut pandang Islam, segala yang berlaku dalam kehidupan ini adalah tertakluk kepada hikmah, iradah, dan takdir Allah SWT. Manusia punya asa, namun Allah Taala jua yang punya kuasa. Manusia boleh berusaha, namun takdir ketentuan adalah milik-Nya jua. Hal ini tidaklah menafikan elemen ikhtiar dan usaha daripada manusia sebagai khalifah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=