Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
jawab fiqh dan diedarkan kepada masyarakat awam berkenaan isu-isu seperti berwuduk dalam keadaan anggota badan berbalut, mandi wajib, tayammum, hadas, solat jamak, puasa, luqatah (harta jumpa), menutup aurat, menerima sedekah, hak jiran, zikir, dan banyak lagi. Dokumen ini telah dibuat dalam format pdf untuk memudahkan pengedarannya kepada semua pihak yang berkenaan. Sebuah sesi ceramah Fiqh Bencana juga telah diadakan pada jam 12.15 sehingga jam 1.15 tengah hari, pada 4 April 2025, sebelum solat Jumaat, yang disampaikan oleh Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri, Ketua Kumpulan Integrasi Kajian dan Pengurusan Bencana (iKencana), USIM. Pelbagai persoalan fiqh bencana telah diulas dan dihuraikan kepada para pengunjung Masjid Putra Heights untuk membantu masyarakat awam dalam memahami isu-isu agama yang wajib diketahui dan diamalkan dalam keadaan bencana. Pihak iKENCANA juga menawarkan khidmat pelupusan mushaf al-Quran atau teks ayat-ayat suci yang terbakar dan rosak kepada masyarakat awam. Kejadian letupan dan kebakaran tempoh hari berkemungkinan telah merosakkan mushaf al-Quran dan dokumen-dokumen yang mempunyai teks-teks suci Islam. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh dirujuk dalam poster di sebelah. MA JA L AH A L - H I KMAH 60
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=