Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
iKENCANA mendefinisikan bencana sebagai “sebarang kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif yang mana ia mengancam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta”. Khidmat Masyarakat dan Penyelidikan iKENCANA di PPS Masjid Putra Heights Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan iKENCANA pada bulan April yang lalu di PPS Dewan Terbuka Masjid Putra Heights. Pelbagai bentuk sumbangan seperti makanan, air mineral, lampin pakai buang, dan kewangan yang telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Perbincangan juga telah dibuat secara rasmi dengan pihak Masjid Putra Heights, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mengadakan beberapa aktiviti lain seperti klinik hukum, tazkirah umum, dan penyelidikan di PPS ini. MA JA L AH A L - H I KMAH 59 Fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kumpulan iKENCANA merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: penyelidikan, perundingan, latihan dan kursus jangka pendek atau panjang, pendidikan dan kesedaran ummah, penerbitan, seminar dan wacana ilmiah, inovasi, dan membina jaringan bersama pelbagai agensi berkait- an daripada dalam dan luar negara. Sabda Nabi SAW: “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat pada manusia lainnya” (Riwayat Ibn Hibban dan al-Tabrani). Maklumat lanjut dan kemas kini mengenai kumpulan iKENCANA ini boleh didapati di laman facebook: iKENCANA USIM. Dalam program klinik hukum ini, kesemua mangsa dan orang awam yang berada di PPS diberikan peluang untuk mendapatkan pelbagai khidmat nasihat agama berkaitan kehidupan mereka. Bukan sahaja isu berkaitan ibadat dan tatacara berwuduk yang dibuka untuk pertanyaan dan bimbingan, malah para petugas di klinik hukum ini juga dapat membantu dalam topik-topik lain seperti akidah, dakwah, muamalat, dan pengurusan harta benda. Kumpulan iKENCANA juga telah menyediakan sebuah dokumen ringkas berkenaan soal-
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=