Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
-anya mendung, laut mana yang tak berombak, dan bumi mana yang tak ditimpa hujan.” Kesemua ungkapan ini memberi maksud untuk kita sentiasa berhati-hati dan bersedia dengan sebarang perkara buruk yang mungkin berlaku dalam kehidupan. Hakikatnya, segala aktiviti dan hari-hari yang berlangsung di dunia ini, mustahil jika berjalan dengan lancar dan baik sahaja sepanjang masa tanpa ada gangguan, halangan, dugaan, cabaran dan perkara luar jangka yang menimpa. dibuka bermula 1 April 2025 dan ditutup sepenuhnya setelah semua mangsa pulang ke kediaman mereka pada 13 April 2025. Artikel ini akan melaporkan aktiviti khidmat masyarakat dan kerja penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan Integrasi Kajian Dan Pengurusan Bencana (iKencana), USIM di PPS Dewan Serba Guna Masjid Putra Heights pada bulan April 2025 yang lalu. Pada 1 April 2025 yang bersamaan dengan 2 Syawal 1446H, sebuah kejadian letupan dan kebakaran saluran paip gas telah berlaku di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Kejadian yang dahsyat ini telah memusnahkan dan menjejaskan banyak rumah, harta benda dan kenderaan penduduk setempat. Sebanyak 219 buah rumah telah terjejas akibat kejadian ini, di mana 87 buah rumah mengalami kerosakan teruk, manakala 132 buah rumah lagi mengalami kerosakan kecil. Ratusan mangsa yang telah mengalami kecederaan akibat kejadian ini dan tiada rekod kematian yang dicatatkan. Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) & Felo Bersekutu, Institut Sains Islam (ISI), USIM wmfazrul@usim.edu.my LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT DAN PENYELIDIKAN KUMPULAN INTEGRASI KAJIAN DAN PENGURUSAN BENCANA (iKENCANA) MA JA L AH A L - H I KMAH 58 alam ungkapan orang tua kita ada dinyatakan pelbagai hikmah berikut sebagai peringatan semua: “langit tidak selalu cerah, awan tidak selam- D Pengenalan Kumpulan Integrasi Kajian Dan Pengurusan Bencana (iKENCANA), USIM Kumpulan Integrasi Kajian Dan Pengurusan Bencana, atau singkatannya iKENCANA, telah ditubuhkan pada tahun 2025 untuk menjalankan kajian, perundingan, inovasi, khidmat masyarakat, latihan dan pendidikan berkaitan bencana berasaskan ilmu naqli dan aqli. Kumpulan iKENCANA menghimpunkan para penyelidik dari pelbagai seperti syariah, dakwah, akidah, al-Quran dan Sunnah, kaunseling, sains, kejuruteraan, aktuari, perubatan dan lain- lain bidang yang berkaitan dengan perkhidmatan bencana secara langsung atau tidak langsung. Semua mangsa kejadian ini telah ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS), termasuklah PPS Dewan Serba Guna Masjid Putra Heights. PPS Dewan Serba Guna Masjid Putra Heights ini telah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=