Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
Di Turki, fenomena ini muncul melalui buku- buku motivasi dan seminar pembangunan diri seawal era 20-an sebagaimana pendapat Mustafa Arslan. Manakala di Malaysia, ia mula menunjukkan pengaruh sekitar 2017, terutama dalam seminar keusahawanan dan pembangunan potensi diri. Berdasarkan pengalaman penulis di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pengaruh New Age tidak lagi terhad kepada ruang alternatif, tetapi sudah menembusi umat Islam secara halus. Namun di sini letak keretakan halus dalam struktur tauhid. Apabila unsur luar yang bersifat bukan wahyu mula diterima dan diamalkan, maka sempadan antara iman dan kesesatan menjadi kabur. Kesan kelompok kedua ini lebih membimbangkan kerana pengaruh bersifat perlahan tetapi merosakkan asas agama dari dalam. Justeru, memahami Gerakan New Age bukan sekadar cabaran intelektual, tetapi juga keperluan mendesak untuk mempertahankan kemurnian akidah umat Islam. Dari segi akidah, wujud dua jalur utama dalam kalangan pengikutnya. Pertama, mereka yang secara radikal menolak agama yang diwarisi dan menyerah diri sepenuhnya kepada kerohanian tanpa Tuhan, tanpa wahyu, dan tanpa syariat. Golongan ini secara jelas telah keluar daripada Islam. Kedua, lebih membimbangkan, ialah mereka yang masih mengekalkan identiti luaran sebagai Muslim, tetapi secara beransur- ansur menerima unsur ajaran New Age atas nama pembangunan diri atau “kerohanian sejagat”. Mereka tidak melihat unsur seperti meditasi, tenaga dalaman, atau hukum karma sebagai bercanggah, bahkan menganggapnya sebagai pelengkap kepada Islam. Kupasan lanjut tentang New Age Movement ada dalam buku terbaharu saya, Akidah di Persimpangan Zaman: Barah New Age. Boleh dapatkan di https://buku.alabqari- foundation.com/order/form/preordernew age MA JA L AH A L - H I KMAH 52
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=