Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

Salah satu cabaran utama dalam memahami Gerakan New Age ialah kesukaran untuk mendefinisikannya secara tepat. Tidak seperti agama-agama tradisional yang memiliki struktur, hierarki, dan doktrin yang tersusun, New Age muncul sebagai satu fenomena yang longgar, terbuka, dan pelbagai. Seperti yang dihuraikan oleh Haifa’ binti Nasir al-Rashid, usaha mendefinisikan gerakan ini sering gagal kerana ketiadaan struktur pusat, skopnya yang terlalu luas, serta sifat kerahsiaannya yang menjadikan eksklusif kepada ‘orang dalam’. Maka tidak hairan jika ramai pengkaji menawarkan takrifan yang berbeza, bergantung kepada lensa disiplin masing-masing. NEW AGE: SPRITUALITI TANPA NAMA, RACUN TANPA RASA Walaupun definisinya mencapah, para pengkaji bersetuju bahawa terdapat beberapa ciri utama yang menjadi tunjang gerakan ini: pandangan holistik bahawa semua benda saling berhubungan, keutamaan terhadap kesedaran diri dan transformasi peribadi, penolakan terhadap autoriti wahyu dan akal semata- mata, serta gabungan pelbagai tradisi dalam satu sistem sinkretik . Konsep reinkarnasi, karma, chakra , dan penyembuhan tenaga menjadi sebahagian daripada batu asasnya. Gerakan New Age bukanlah satu agama yang berdiri sendiri, sebaliknya satu kerangka kerohanian yang meminjam unsur pelbagai budaya dan kepercayaan dari mistisisme Timur, psikologi moden, sains fiksyen, hingga kepada astrologi dan kesihatan alternatif. Chandler menyifatkan sebagai kebangkitan moden kepada tradisi agama kuno dalam bentuk baharu yang berorientasikan potensi diri dan pengalaman rohani. John Naisbitt pula melihat sebagai satu kesedaran akan kesatuan segala ciptaan, potensi manusia yang tiada batasan, serta keyakinan bahawa manusia turut memiliki unsur ketuhanan. Dr. Mohamad Razif Bin Mohamad Fuad Alumni Program Pengajian Akidah Dan Agama 2010-2014 Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Dakwah, APIUM raziffuad@gmail.com MA JA L AH A L - H I KMAH 51

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=