Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

MA JA L AH A L - H I KMAH 43 ن ك ِ د ي ِ لى َ ع َ ب ي ِ ل ْ ق َ ت ْ ب ِّ ث َ ، ب ِ لو ُ ق ُ ل ْ ب ا َ ل ِّ ق َ م ُ ي ا َ م ّ ه ُ ل ّ ال Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa jiwa tidak akan benar-benar tenang tanpa agama, kerana agama adalah jambatan antara hati manusia dan Penciptanya. Tanpa jambatan itu, manusia akan terpisah daripada sumber ketenangan sebenar. Justeru, dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ini, marilah kita kembali mendekatkan diri kepada Tuhan bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan keimanan dan amal. Wallahu a’lam. Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita satu doa agar hati sentiasa tetap dalam keimanan kepada Allah SWT: Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Keteguhan iman bukanlah hasil usaha manusia semata-mata, tetapi merupakan anugerah daripada Allah SWT yang perlu sentiasa dipohon dan dipelihara dengan penuh kerendahan hati. Ayat ini memberi gambaran mendalam bahawa ketenangan yang dicari tanpa landasan agama hanyalah ketenangan palsu. Ia seperti air yang disangka menyegarkan, namun apabila didekati, ternyata tiada apa- apa. Dalam kehidupan sebenar, ramai individu yang kelihatan berjaya di mata dunia, tetapi hatinya kosong, jiwanya gundah, dan fikirannya tidak pernah tenang. Mereka cuba mengisi kekosongan itu dengan pelbagai cara seperti hiburan, hubungan, atau kemewahan namun semuanya gagal memberi ketenangan abadi. Hidup tanpa agama ibarat layang-layang putus tali, kelihatan terbang bebas di udara tetapi sebenarnya terumbang-ambing tanpa tujuan dan arah. Maksudnya: “Dan orang-orang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di tanah datar yang disangka air oleh orang- orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tidak ada apa-apa pun.” ن ُ ٔـا َ م ْ ظ ّ ه ٱل ُ ب ُ س َ ح ْ ي َ ة ٍۢ ع َ ق ي ِ ب ِ ب ٍۭ ر ا َ س َ ك َ م ْ ه ُ ل ُ ـ ٰ م َ ع ْ أ َ ا ۟ و ٓ ر ُ ف َ ك َ ن َ ذ ي ِ ل ّ و ٱ َ ٔـا ً ي ْ ش َ ه ُ د ْ ج ِ ي َ م ْ ل َ ه ۥ ُ ء َ ج ا َ ذ ا َ إ ِ ى ٰٓ ت ّ ح َ ء ً م ا َ kelihatan logik, namun hakikatnya ia hanyalah fatamorgana kehidupan. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 39: Justeru, ketenangan tanpa agama hanyalah bayangan yang menipu. Tanpa agama manusia mungkin masih hidup, tetapi hidupnya tanpa tujuan yang jelas. Oleh itu, kita seharusnya menzahirkan rasa syukur yang mendalam kerana dikurniakan nikmat yang paling berharga daripada Allah SWT, iaitu nikmat hidup dalam agama Islam. Islam bukan sekadar satu pegangan, tetapi merupakan cara hidup yangmembimbing manusia menuju kebahagiaan dan kesejahteraan abadi. Dalam arus kehidupan yang penuh cabaran, keimanan yang teguh amat penting agar hati tidak mudah goyah dengan godaan dunia.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=