Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
BOLEHKAH HATI TENANG TANPA AGAMA? H Amiratul ‘Ula binti Mohamad Asri Mahasiswa Tahun 4 Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM amiratul.ula@raudah.usim.edu.my Allah SWT telah menganugerahkan kepada manusia pelbagai jenis emosi seperti kegembiraan, kebahagiaan, kesedihan, ketakutan, keresahan dan lain-lain. Pada zaman moden yang serba canggih ini, manusia dikelilingi dengan pelbagai kemajuan teknologi dan kesenangan hidup. Namun begitu, di sebalik segala kemewahan dan pencapaian itu, ramai yang masih mencari sesuatu yang tidak kelihatan iaitu ketenangan jiwa. Ada yang berusaha mencarinya melalui hiburan, kekayaan, atau kejayaan duniawi. Tidak kurang juga yang mencari ketenangan melalui kaedah meditasi, psikologi moden dan sebagainya. Akan tetapi, persoalan yang sering berlegar di benak manusia adalah, bolehkah jiwa benar-benar tenang tanpa agama? Pada hakikatnya, setiap manusia diciptakan dengan fitrah ingin hidup dalam ketenangan. Fitrah ini membuatkan manusia berusaha mencari kedamaian apabila jiwa terganggu. ه ِ ل ّ ر ٱل ِ ك ْ ذ ِ ب ِ ل َ أ َ ۗ ه ِ ل ّ ر ٱل ِ ك ْ ذ ِ ب ِ ه م ُ ب ُ لو ُ ق ُ ن ّ ئ ِ م َ ط ْ ت َ و َ ا ۟ ن و ُ م َ ء ا َ ن َ ذ ي ِ ل ّ ٱ ب ُ لو ُ ق ُ ل ْ ن ٱ ّ ئ ِ م َ ط ْ ت َ Maksudnya: “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.” ati merupakan salah satu organ penting dalam tubuh manusia. Dari sudut pandang lain, hati juga berfungsi sebagai pusat lahirnya perasaan dan emosi. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ketenangan tidak akan hadir tanpa hubungan dengan Allah SWT. Hati yang lalai daripada mengingati-Nya akan sentiasa resah walaupun memiliki segalanya. Sebaliknya, hati yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah akan tenang walau diuji dengan kesusahan. Dalam hal ini, dapat kita fahami bahawa ketenangan bukanlah hasil luaran semata-mata, tetapi suatu anugerah rohani yang lahir daripada hubungan manusia dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Islam menjelaskan bahawa ketenangan sejati bukanlah hasil daripada kelazatan duniawi atau kebebasan tanpa batas, tetapi datang daripada rasa kasih dan cinta seorang hamba kepada Sang Pencipta. Dalam ajaran Islam, ketenangan hati atau qalbun salim dianggap sebagai satu anugerah yang amat berharga. Hati yang tenang menggambarkan jiwa yang damai, tenteram serta dipenuhi dengan ketenangan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra’d ayat 28: MA JA L AH A L - H I KMAH 41
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=