Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
ini sering kali diselubungi sifatnya yang abstrak dan menyebabkan ia mungkin sukar untuk digarap dengan jelas dalam bentuk visual yang mendalam. Oleh itu, pengajaran ilmu ini lebih tertumpu kepada kaedah tradisional iaitu pengajaran yang berasaskan teks dan kuliah. Apatah lagi, penggambaran konsep kepercayaan, ketuhanan, dan kosmologi falsafah di atas kertas adalah mustahil. Kebergantungan terhadap pedagogi lama ini telah menimbulkan jurang dalam ilmu falsafah dari aspek aplikasi metodologi baru yang seringkali digunakan oleh bidang ilmu yang lain. F Binaan kota Baghdad pada abad pertengahan dan bangunan seperti Bayt al- Hikmah, Istana Kehakiman, Hospital, Universiti, dan Masjid menjadi inspirasi untuk menghidupkan suasana pembelajaran Falsafah Islam. Tokoh-tokoh falsafah akan dihidupkan dalam kota tersebut dan pelajar berpeluang untuk mengenali latar belakang mereka termasuk karya-karya mereka yang penting dalam bidang falsafah. Pelajar juga diberikan soalan-soalan kuiz yang menguji pemahaman mereka tentang apa yang telah mereka pelajari. Pendekatan ini secara efektif dapat mengubah pembelajaran pasif kepada pembelajaran berasaskan pengalaman yang mendalam. menguasai dengan mudah platform permainan Minecraft. Dr. Kamal Azmi Abd. Rahman Penyelaras UKWU/Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teras (PPT), USIM kamalazmi@usim.edu .my alsafah Islam merupakan salah satu daripada subjek penting yang mendasari kerangka pemikiran intelektual ilmu Usuluddin. Namun kekayaan ilmu Oleh itu, inovasi kaedah pengajaran ini cuba diimplimentasikan melalui projek pembangunan e-gamifikasi kursus Falsafah Islam dengan menggunakan platform permainan digital popular, iaitu Minecraft. Keputusan untuk memilih Minecraft adalah strategik memandangkan permainan ini telah menjadi sebahagian daripada bahasa dan budaya Generasi Z. Generasi Z yang dikenali sebagai generasi asli digital atau digital native dapat MA JA L AH A L - H I KMAH 33
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=