Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

MA JA L AH A L - H I KMAH 31 Mana mungkin seseorang itu dapat amalkan penyucian jiwa tanpa disulami atau didasari dengan agama Islam. Agama dan kerohanian, keduanya mesti berjalan seiring seperti yang disebutkan dalam Hadith Jibril berkenaan integrasi antara Akidah, Syariah, dan Tasawwuf. Kebimbangan saya adalah apabila kelompok ini lama-kelamaan akan meninggalkan agama dan mengikuti " spiritual " yang pada akhirnya mereka hidup bebas tanpa batas. Perkara ini perlu dicegah sebelum terlambat. Syukri: Dalam dunia kerjaya hari ini, ramai yang menekankan nilai “spiritual but not religious” . Pada pandangan saudara, bagaimana konsep spiritual ini boleh mempengaruhi etika dan semangat kerja dalam diri seseorang? Mohamad Hakimi: Generasi sekarang terdedah kepada dunia yang tiada sempadan. Pelbagai anasir jahat yang menyusup melalui internet dan peranti elektronik yang ada di tangan. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi pandangan alam, mahupun pemikiran seseorang. Spiritual atau kerohanian amat penting dalam hidup seseorang. Oleh kerana itu, dalam Islam kita ada konsep Tasawwuf. Namun kerohanian tanpa agama adalah suatu keadaan yang cacat seperti pokok yang tidak berbuah. Di mana ia sepatutnya ditebang kerana tidak mendatangkan hasil kepada tuannya. Syukri: Generasi muda kini dilihat semakin cenderung kepada spiritualiti tanpa keterikatan agama secara formal. Apa pandangan saudara tentang fenomena ini? Adakah ia positif atau membimbangkan? Mohamad Hakimi: Konsep "spiritual but not religious" merupakan salah satu pernyataan yang lahir dari dunia barat yang "berputus asa" dengan agama dari hasil kerosakan yang dibuat oleh "orang agama" itu sendiri, dan ia berkembang dengan cepat ke seluruh dunia. Saya yakin dan percaya, orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat akan menolak fahaman ini yang jelas kelihatan songsang. Syukri: Bagaimana saudara sendiri mengekalkan keseimbangan antara aspek spiritual dan tanggungjawab secara profesional dalam kerjaya? Mohamad Hakimi: Ia tidak sukar, kerana setiap apa yang kita lakukan mestilah diniatkan kerana Allah dan itulah aspek spritual yang terbesar. Kalau kita bekerja, pastikan kerja yang halal. Mulakan dengan basmalah dan akhiri dengan hamdalah. Kena ingat bahawa kerja itu juga adalah ibadah. Syukri: Akhir sekali, apakah pesanan saudara kepada mahasiswa USIM yang bakal menamatkan pengajian? Dan boleh saudara kongsikan sedikit tentang projek atau bidang kerjaya yang saudara usahakan sekarang untuk kita ketengahkan dalam Majalah Al-Hikmah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=