Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
MA JA L AH A L - H I KMAH 30 Syukri: Selepas menamatkan pengajian di USIM, bagaimana bermulanya perjalanan kerjaya saudara sehingga ke tahap sekarang? Apakah bidang yang diceburi dan apa cabaran menarik yang dihadapi oleh saudara? Mohamad Hakimi: Alhamdulillah, setelah tamat pengajian saya bekerja di beberapa sektor kerjaya. Antaranya, saya menjadi Setiausaha Kerja di sebuah parti politik tanah air. Saya juga pernah menjadi guru di institusi pendidikan swasta dan kerajaan lebih kurang 5 tahun. Kini, saya bekerja sebagai jurulatih memanah tradisional dan berkuda di sebuah pusat memanah berkuda berprestij di Hulu Selangor. Selain itu, saya juga menjadi pembantu guru sambilan untuk Lian Malaysia (seni pertahanan diri aliran buah pukul) di Gombak Setia. Setiap kerjaya pasti mempunyai pelbagai cabaran, antaranya cabaran menyusun organisasi, membentuk, dan mendidik murid-murid. Tidak dapat dinafikan cabaran yang paling besar sekarang adalah dalam membentuk akhlak generasi muda zaman kini. “APABILA KERJAYA MENJADI JALAN PENCARIAN DIRI: KISAH ALUMNI USIM” Mohamad Hakimi bin Mohamed Salleh adalah salah seorang alumni Program Pengajian Akidah dan Agama. Beliau juga merupakan mantan presiden PERWADAH bagi tahun 2012/2013. Syukri: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Nama saya Ahmad Nur Syukri Bin Muszaimi. Saya mewakili pihak Majalah Al- Hikmah ingin mewawancara Saudara Hakimi. Untuk itu sebagai permulaan, boleh Saudara Hakimi kongsikan latar belakang diri dan pengalaman ketika belajar di USIM? Bagaimana dengan pengalaman itu dapat membentuk pandangan hidup saudara pada hari ini? Mohamad Hakimi: Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Nama saya ialah Mohamad Hakimi bin Mohamed Salleh. Saya berumur 33 tahun dan dahulu saya belajar di USIM pada tahun 2011-2015. Alhamdulillah banyak perkara yang telah saya pelajari ketika itu. Antaranya, kita hendaklah sentiasa bergerak seiring antara akademik dan kokurikulum. Tak ramai di kalangan mahasiswa yang ambil peluang ini. Hasilnya, setelah saya habis ijazah, saya lebih mudah beraktiviti dengan masyarakat serta dapat berkongsi sedikit ilmu yang ada. Ini pentingnya menjadi mahasiswa yang aktif di luar dan di dalam dewan kuliah. Ahmad Nur Syukri bin Muszaimi Mahasiswa Tahun 3, Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM ansyukri1011@raudah.usim.edu.my
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=