Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

MA JA L AH A L - H I KMAH 29 Aspek asas perlu disusun dengan jelas: pensyarah mesti memahami peranan masing- masing, pelajar perlu mengetahui jadual serta keperluan tugasan, dokumentasi hendaklah lengkap, dan setiap projek disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Pelajar tidak boleh dibiarkan tanpa bimbingan dan pensyarah juga memerlukan panduan yang tepat. Kedua-dua pihak memerlukan sokongan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Saya juga turut bersimpati dengan pelajar yang mempunyai cita-cita tetapi sering berdepan cabaran hidup sehingga perjalanan mereka menjadi perlahan. Kekurangan yang dialami bukan alasan untuk berhenti maju, sebaliknya ruang untuk memperbaiki kelemahan diri. Dalam keadaan ini, saya berusaha sedaya upaya membantu agar semua pihak dapat membina hala tuju yang lebih jelas. Akhirnya, pengalaman saya selama menjadi ketua program ini banyak mengajar bahawa tiada individu yang sempurna. Kekurangan dalam diri kita, mahupun dalam kalangan pelajar, bukanlah alasan untuk gagal melaksanakan tanggungjawab, tetapi harus dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan mutu kepimpinan akademik. Hidayah: Boleh Dr. Marina berikan beberapa nasihat kepada semua pelajar menerusi kolum ini dalam Majalah Al-Hikmah? Dr. Marina Munira: Sukacitanya saya ingin mendahulukan pesanan-pesanan ini kepada semua pelajar, khususnya daripada program Pengajian Akidah dan Agama supaya memikul harapan yang sangat tinggi daripada masyarakat dan mengetahui apa yang perlu disumbangkan selepas tamat pengajian. Pertama: Pelajar wajib memanfaatkan masa di universiti dengan baik, terutamanya bertemu dengan para pensyarah, bina hubungan yang baik dengan pensyarah untuk memahami harapan serta hasrat yang ingin disampaikan pada para pelajar dalam akademik dan tuntutan ilmu. Kedua: Antara aspek utama yang perlu ditekankan ialah nilai usaha dalam menghasilkan kerja ilmiah yang asli dan berkualiti, serta mengelakkan copy-paste , kerana Allah SWT menilai setiap usaha dan mujahadah kita, bukan hanya hasil akhirnya. Cabaran terbesar ahli agama kini ialah mudah teruji sehingga gagal mengamalkan apa yang disampaikan ( walk the talk ), termasuk aspek integriti peribadi, menjaga nilai, dan menghindari penyebaran cerita yang tidak baik. Ketiga: Saya meletakkan harapan besar agar para pelajar menjadi insan berilmu, berbudi pekerti mulia, dan menghormati ibu bapa serta guru. Mereka juga diharapkan meneruskan legasi kebaikan melalui amal kepada generasi akan datang, sentiasa bersedia menghadapi cabaran hidup sebagai pemimpin, dan sedar akan tanggungjawab di hadapan Allah, sekali gus menjadikan mereka insan berguna dan berbakti kepada masyarakat. Eisya: Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Dr. Marina atas nasihat yang diberikan sebentar tadi. Bagi pihak Majalah Al-Hikmah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian pada hari ini. Moga Allah SWT memberkati dan merahmati segala kebaikan yang Dr. Marina kongsikan pada semua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dr. Marina Munira: Sama-sama. Allahumma amin. Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=