Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
iaitu tasawwuf tanpa menghiraukan syariat. Mereka juga akan cenderung untuk mengambil apa yang disukai di dalam agama dan meninggalkan apa yang tidak sesuai dengan diri mereka sendiri. Fenomena Spiritual but Not Religious (SBNR) mula berkembang di dunia Barat seiring dengan kemajuan pesat dalam pelbagai bidang intelektual yang telah melahirkan pelbagai ideologi baharu berasaskan pemikiran sekular dan pascamoden. Walau bagaimanapun, konsep SBNR dianggap tidak sesuai untuk diamalkan kerana ia memisahkan antara agama dan aspek spiritual (kerohanian), sedangkan dalam Islam kedua-duanya saling melengkapi. Islam menegaskan bahawa kerohanian memainkan peranan penting dalam pembentukan keimanan, pengukuhan akhlak, serta penghubung antara hamba dengan Allah SWT. Individu yang memiliki tahap kerohanian yang tinggi cenderung untuk berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam dan menjauhi kemungkaran. Manakala mereka yang lemah kerohaniannya lebih mudah terpengaruh dengan gejala negatif serta menjauh daripada panduan agama. Sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran ayat ke 208: ن ٌۭ ب ي ِ م ّ و ٌّ د ُ ع َ م ْ ك ُ ل َ ه ۥ ُ ن ّ إ ِ ۚ ن ِ ـ ٰ ط َ ي ْ ش ّ ت ٱل ِ و َٰ ط ُ خ ُ ا ۟ ع و ُ ب ِ ت ّ ت َ ل َ و َ ة ًۭ ف ّ ك ا َ م ِ ل ْ س ِّ ف ى ٱل ِ ا ۟ لو ُ خ ُ د ْ ا ٱ ۟ ن و ُ م َ ء ا َ ن َ ذ ي ِ ل ّ ه ا ٱ َ ي ّ أ َ ـ ٰٓ ي َ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Sebagai penutup, semua pembaca dijemput untuk menyumbang karya penulisan mereka bagi diterbitkan dalam edisi Majalah Al-Hikmah yang seterusnya. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memupuk bakat dalam bidang penulisan ilmiah, tetapi juga berperanan membentuk budaya ilmu dan wacana intelektual dalam kalangan masyarakat. Jawatankuasa Majalah Al-Hikmah turut komited memberikan sokongan kepada para penulis muda, khususnya mahasiswa dan mahasiswi Program Pengajian Akidah dan Agama, agar terus berkarya dan menyumbang kepada pembangunan keilmuan Islam secara berterusan. Akhir kalam daripada saya, semoga Majalah Al-Hikmah edisi ke-16 ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dan menjadi cetusan kepada para siswa untuk menghasilkan karya yang menarik. Buat ahli jawatankuasa Majalah Al-Hikmah pula, saya mendoakan agar dapat meneruskan legasi ini dengan cemerlang dan mengharumkan nama jawatankuasa ini. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. MA JA L AH A L - H I KMAH 02
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=