Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
Sebagai contoh, apabila para pelajar memegang jawatan dalam sesebuah persatuan, mereka belajar bagaimana menguruskan masa dengan lebih sistematik. Kemahiran ini penting apabila mereka memasuki alam pekerjaan dan dalam kehidupan berkeluarga nanti. Mereka perlu mempelajari kemahiran multi-tasking supaya dapat bahagikan masa untuk keluarga, pelajaran, kerjaya, dan masyarakat. Ini merupakan satu proses latihan yang menyumbang kepada pembentukan jati diri. Saya selalu tekankan bahawa walaupun menjadi seorang ibu itu ibarat menjadi seorang suri rumah, tetapi gelaran tersebut tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan pendidikan. Tahap pendidikan tetap memainkan peranan besar dalam membentuk cara pendidikan anak-anak. Ibu merupakan ‘ the heart of the home ’, justeru pelajar wanita khususnya perlu menguasai kemahiran pengurusan masa agar mampu menyeimbangkan komitmen akademik, keluarga dan diri sendiri. Ini merupakan cabaran yang sukar, tetapi boleh diatasi dengan ilmu dan kemahiran yang tepat. MA JA L AH A L - H I KMAH 28 Karenah pelajar yang menghadapi pelbagai masalah turut menjadi cabaran, sama ada lambat bertindak, mengulangi kesilapan, atau hanya mencari bantuan apabila masalah sudah besar. Walaupun kadang- kadang timbul rasa kecewa, saya sedar mereka hadir untuk belajar dan memperbaiki diri. Tanggungjawab kami ialah membantu mereka mengelak kegagalan yang boleh menjejaskan harapan ibu bapa, dan saya berusaha sedaya upaya supaya harapan keluarga mereka tidak musnah. Sebagai contoh, apabila bekerja dengan pensyarah senior, kadangkala diperlukan pendekatan yang lebih tersusun. Sesetengah daripada mereka memerlukan sokongan tambahan dalam pengurusan tugasan dan penyelarasan kerja. Oleh itu, memberikan peringatan, bimbingan, dan menekankan maklumat penting menjadi sebahagian tanggungjawab kepimpinan akademik. Semasa musim peperiksaan atau pelaksanaan projek pelajar, pemantauan bukan sahaja tertumpu kepada pelajar, tetapi juga pensyarah kerana tahap kemahiran setiap individu berbeza. Tanggungjawab menjadi cabaran besar apabila memegang jawatan. Mendapatkan komitmen pelajar sukar kerana ramai masih belum biasa dengan beban tugasan rasmi universiti. Tugasan ad hoc yang memerlukan tindakan segera sebenarnya membantu membentuk kemahiran dan kematangan semua pihak. Ada pelajar yang, apabila hilang hala tuju, menjauh dan enggan mendapatkan bantuan, hanya kembali apabila masalah menjadi terlalu sukar. Jika mereka hadir lebih awal, perancangan dan bimbingan dapat diberikan dengan lebih berkesan, termasuk membantu mereka memahami realiti dan membina strategi. Namun, jika mereka berdiam diri, bantuan sukar disalurkan. Eisya: Terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Seterusnya, boleh Dr. Marina ceritakan serba sedikit tentang bagaimana Dr. mengawal emosi secara profesional sebagai seorang pendidik? Dr. Marina Munira: Antara kaedah pengurusan emosi yang saya amalkan adalah membina kefahaman bahawa setiap individu mempunyai latar belakang, cabaran, sikap, dan karakter yang berbeza. Apabila pemahaman ini mudah dicapai, proses untuk kita berinteraksi dan menangani pelbagai pihak menjadi lebih sistematik dan berkesan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=