Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16

Pada saya perkara yang paling penting ialah bagaimana kita ingin memastikan program kita ini, insya-Allah, dapat berada di barisan hadapan dari sudut profesionalisme, reputasi akademik, dan mengekalkan hubungan baik antara pensyarah dan pelajar. MA JA L AH A L - H I KMAH 27 Realitinya apabila kita memegang satu-satu jawatan, banyak perkara dapat kita pelajari dan tidak terkecuali terpaksa menanggung kerja serta tugasan yang lebih daripada ahli lain. Walaupun agak penat, tapi Alhamdulillah, sampai hari ini saya okay saja. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab walaupun pada hari cuti. Bagi saya, melepaskan jawatan bukan bererti melepaskan tanggungjawab sepenuhnya. Apabila memegang amanah besar, kita perlu memastikan sebelum, semasa, dan selepas meninggalkan jawatan, segala urusan berjalan mengikut aturan dan diserahkan dengan jelas. Walaupun ada rasa sedih, namun rasa syukur lebih besar kerana saya diberi peluang memikul amanah itu selama empat tahun dan dapat menyerahkannya kepada sahabat yang saya percayai. Apabila tiba masa untuk melepaskan jawatan, saya menetapkan dalam hati untuk berundur dalam keadaan yang baik. Saya mahu memastikan segala usaha sepanjang empat tahun tidak terhenti, tetapi dapat diteruskan dengan lancar. Dari segi pengemaskinian dokumen, prosesnya agak mencabar kerana penstrukturan akademik masih berjalan, jadi setiap perkara perlu disesuaikan dengan keperluan cohort . Dokumentasi akademik juga memerlukan ketelitian supaya tiada maklumat penting yang tertinggal. Selain itu, penting untuk memastikan pengganti mempunyai tahap komitmen, kesungguhan dan matlamat yang sama dalam memajukan program. Alhamdulillah, Dr. Roslizawati ialah sahabat baik saya, dan saya yakin beliau mampu meneruskan apa yang telah dibina. Hidayah: Boleh Dr. Marina ceritakan serba sedikit tentang pengalaman serta cabaran yang dihadapi sepanjang menjadi Ketua Program? Dr. Marina Munira: Secara peribadi, saya merupakan individu yang cenderung mencari penyelesaian setiap kali berdepan dengan sebarang kesukaran. Sifat mudah melupakan perkara-perkara yang sukar menjadikan saya tidak selalu mengingati setiap cabaran secara terperinci. Namun begitu, salah satu cabaran terbesar dalam pengalaman kepimpinan merupakan memimpin kepimpinan itu sendiri. Cabaran utama adalah memastikan pemimpin dapat menzahirkan akhlak dan tingkah laku yang baik. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada emosi dan rasa marah, namun apabila kita menjadi pemimpin, kedudukan sebagai pemimpin perlu menguruskan emosi dengan tenang dan berhemah. Walaupun terdapat situasi yang menimbulkan rasa kecewa, kita tetap perlu berhadapan dengan individu yang terlibat dan pada masa yang sama, istiqamah memberikan sokongan kepada pelajar. Sikap emosional yang berlebihan tidak boleh diterapkan dalam diri apabila menjadi seorang pemimpin. Justeru, cabaran paling ketara ialah apabila berhadapan dengan pelbagai sikap, personaliti dan kerenah manusia. Dalam konteks universiti, setiap individu perlu mempamerkan tahap kematangan yang lebih tinggi kerana pendidikan di peringkat ini, sepatutnya membentuk identiti dan keperibadian diri seseorang. Seperti yang kita ketahui, pengajian di universiti jauh berbeza daripada peringkat sekolah menengah, di mana pendedahan yang lebih luas diberikan kepada pelajar untuk lebih memahami, lebih tenang, serta mampu bertindak secara lebih matang. Inilah antara cabaran utama dalam membentuk kematangan dan sikap pelajar.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=