Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
MA JA L AH A L - H I KMAH 26 Ini merupakan salah satu momen terindah sepanjang pengalaman saya sebagai ketua program. Pelajar tersebut berjaya meningkatkan kompetensinya sebagai graduan USIM dengan penguasaan bahasa Inggeris dan Arab yang baik, hingga menerima pujian positif. Walaupun berdepan cabaran seperti pembatalan dan pembelian semula tiket penerbangan, sokongan dan kesungguhan pelajar memastikan kejayaan menghantarnya ke sana, menjadikan pengalaman ini sangat bermakna bagi saya. Kedua, setiap kali berlangsungnya istiadat konvokesyen, ini juga merupakan satu momen yang sangat bermakna secara peribadi. Selain itu, kenangan paling bermakna sepanjang saya menjadi ketua program ialah apabila para pelajar menamatkan pengajian selepas empat tahun. Kami sebagai pensyarah mengimbau kembali memori dan karenah mereka yang pasti dirindui. Walaupun mereka telah tamat belajar, ikatan ukhuwah antara pendidik dan pelajar tetap erat, menimbulkan rasa syukur kerana mereka masih menghargai dan mengingati para pensyarah. Melihat pelajar-pelajar yang telah dibimbing selama empat tahun naik ke pentas untuk menerima skrol ijazah, membuatkan hati saya tersentuh apabila mengenangkan setiap perjalanan mereka bersama saya. Bila pelajar berjaya mendapatkan segulung ijazah itu, bukan sahaja menjadi momen paling bahagia untuk mereka, bahkan pada saya juga ia adalah satu kegembiraan yang besar. Keempat, sepanjang empat tahun memegang jawatan sebagai ketua program, saya juga menerima komitmen yang sangat baik daripada barisan pensyarah. Mereka sentiasa memberikan kerjasama yang tinggi dalam setiap tugasan dan pelaksanaan aktiviti dalam program. Bagi saya, perkara ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dan menjadi antara pencapaian positif sepanjang saya mentadbir. Selepas empat tahun menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya mereka berjaya. Saya sedar cabaran mereka seterusnya lebih besar, terutamanya ketika di alam universiti yang tidak semuanya jelas. Namun, apabila mereka terjun ke lapangan, nyata masyarakat sangat memerlukan sumbangan mereka dalam ilmu, kefahaman agama, dan manfaat kepada komuniti. Momen itu sangat bermakna bagi saya. Eisya: Boleh Dr. Marina kongsikan kepada kami serba sedikit perasaan saat mengetahui Dr. akan melepaskan jawatan sebagai ketua program? Dr. Marina Munira: Ketika saat-saat akhir saya sebelum melepaskan jawatan sebagai ketua program, saya menyedari bahawa setiap perkara ada permulaan dan pengakhirannya. Jadi, apabila tahu tempoh perkhidmatan tersebut hampir berakhir, saya rasa sangat lega dan sangat bersyukur. Tempoh masa yang diberikan itu sudah cukup bagi saya. Saya berasa sudah memberikan masa dan usaha saya sebaik mungkin sepanjang perkhidmatan. Tapi apabila kita melepaskan sesuatu jawatan, bukanlah bermaksud kita tinggalkan semuanya terus. Saya masih kerap berhubung dan berinteraksi dengan para pelajar, saya juga masih menjawab pelbagai pertanyaan berkenaan pentadbiran daripada para pelajar.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=