Majalah Al-Hikmah Edisi ke 16
MA JA L AH A L - H I KMAH 25 Terutamanya, dalam menguruskan hal-hal keluar masuk pelajar dan juga bagaimana menguruskan pentadbiran akademik dalam Program Pengajian Akidah dan Agama. Begitu juga tugasan utama yang merangkumi pengurusan hal ehwal pelajar serta pemantauan prestasi para pensyarah bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan lancar. Dalam satu sudut lain juga, kita nak melihat sejauh mana Program Akidah dan Agama ini seiring dengan aspirasi universiti kita. Kita juga ingin memastikan pelajar-pelajar ini seimbang dari sudut penguasaan ilmu, dan juga akhlaknya. Itulah harapan bagi setiap universiti Islam. Oleh itu, kita berjaya membuktikan harapan tersebut melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, yang menjadi wadah untuk meningkatkan keyakinan dan membina sahsiah pelajar. Saya menerima banyak pujian, terutamanya daripada institusi luar yang bekerjasama, kerana mereka berpuas hati dengan komitmen dan sikap pelajar semasa aktiviti dijalankan. Akan tetapi, para pelajar juga tidak lari daripada kesalahan. Tugas kami sebagai pensyarah adalah membantu para pelajar untuk menambah baik, membentuk mereka jadi lebih baik dari hari ke hari. Setiap pelajar ada potensi diri yang mesti ditonjolkan. Kadangkala orang nampak para pelajar ni macam tiada bakat, pemalu, tetapi sebenarnya mereka ada potensi dalam diri yang perlu kita sama-sama bentuk dan bantu serlahkan. Jadi sedikit sebanyak saya rasa tugas itu agak mencabar kerana perlu memastikan pelajar sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai polisi universiti dan bantuan yang disediakan. Ramai pelajar menghadapi pelbagai isu, seperti lanjutan semester akibat kekurangan kursus atau masalah kesihatan. Selain itu, sepanjang empat tahun saya menjadi ketua program, penstrukturan akademik berlaku beberapa kali, sehingga tiga kali, dan penting untuk memastikan setiap cohort tidak terjejas dengan perubahan kursus yang berlaku. Ini merupakan antara cabaran utama bagi saya. Kemudian, cabaran besar bagi saya adalah memastikan Program Pengajian Akidah dan Agama mampu berdiri setanding dengan program akademik lain. Masih wujud tanggapan bahawa program agama kurang menonjol dari sudut profesionalisme, dan hal ini menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi. Namun, walaupun terdapat stigma dalam kalangan tertentu, kami tetap berusaha membuktikan bahawa para pelajar dalam program ini juga berkeupayaan, berwibawa, dan mampu memberi sumbangan yang signifikan kepada masyarakat. Hidayah: Boleh Dr. Marina ceritakan serba sedikit antara kenangan terindah sepanjang menjadi Ketua Program? Dr. Marina Munira: Salah satu kenangan paling indah bagi saya pertamanya adalah kejayaan pelajar Program Pengajian Akidah dan Agama menembusi peluang menjalani latihan industri di peringkat antarabangsa. Saya dapat membantu beberapa pelajar kita untuk mendapatkan peluang menjalani latihan industri di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand. Alhamdulillah, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya dan kami menerima maklum balas yang sangat positif daripada penasihat masjid di Christchurch.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=